HEADLINES

329,000 tong diesel dihantar ke Filipina bukan dari Malaysia : Fuziah

Media Filipina sebelum ini melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia telah dihantar ke negara tersebut bagi menambah bekalan bahan apinya

8:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil maklum mengenai laporan media Filipina berhubung penghantaran 329,000 tong diesel dari Malaysia dan mengesahkan diesel tersebut bukan berasal dari negara ini.

Justeru, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Fuziah Salleh menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi serta merujuk kepada sumber rasmi kerajaan.

“Semakan awal mengesahkan diesel tersebut bukan berasal daripada Malaysia.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan merujuk kepada sumber rasmi kerajaan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media Filipina melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia telah dihantar ke negara tersebut bagi menambah bekalan bahan api negara itu ketika ketidaktentuan pasaran global.

Menurut laporan itu, penghantaran tersebut sebahagian daripada usaha kerajaan Filipina memperkukuh bekalan domestik, susulan penghantaran 142,000 tong atau 22.578 juta liter dari Jepun pada 26 Mac.

Dalam pada itu, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Petronas menafikan 329,000 tong diesel yang dihantar ke Filipina baru-baru ini berasal dari Malaysia.

Pasukan Pengurusan Krisis MTEN dalam kenyataannya turut menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta merujuk kepada sumber rasmi kerajaan.

Sementara Petronas pula menegaskan pihaknya tidak pernah memeterai sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak di Filipina berkaitan pembekalan diesel, lapor Bernama.

“Keutamaan utama Petronas kekal memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan untuk Malaysia, melalui penyelarasan rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan berkaitan,” kata syarikat minyak nasional itu. – 12 April, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related