HEADLINES

Khairul Aming rebah dipercayai kepenatan selepas misi bantu mangsa banjir

Khairul Aming dipercayai terlalu kepenatan dan tidak cukup tidur sepanjang terlibat dalam misi bantuan banjir tersebut

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang dalam misi membantu mangsa banjir di Kelantan, dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik, selepas rebah akibat kepenatan.

Menerusi klip video di akaun TikTok Kemeyyhakim, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman dilihat berbaring di atas katil dan ditemani oleh beberapa rakan.

@kemeyyhakim

Doakan KA gais, speedy recovery 😭😭

♬ Buah Hati – Armada

“Doakan KA (Khairul Aming) gais, speedy recovery,’’ demikian tulis Kemeyyhakim.

Video itu turut memaparkan beliau menerima rawatan memasukkan air. Ramai yang mendoakan supaya Khairul Aming akan sihat semula.

Menurut netizen, Khairul Aming dipercayai terlalu kepenatan dan tidak cukup tidur sepanjang terlibat dalam misi bantuan banjir tersebut.

Khairul Aming sebelum ini telah mengagihkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada lebih 20,000 mangsa banjir di Kelantan.

Ia dilakukan dalam tempoh empat hari. Beliau sebelum ini turut membuka kutipan kepada sesiapa yang mahu menyumbang barangan bantuan kepada mangsa banjir. – 8 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related