HEADLINES

Kerajaan belum bercadang luaskan jajaran LRT, MRT: Kementerian Pengangkutan

Projek rel seperti LRT dan MRT merupakan projek berskala besar yang memerlukan dana yang tingg, justeru ia memerlukan kajian terlebih dahulu

1:10 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Kerajaan belum mempunyai perancangan untuk memperluaskan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) sedia ada.

Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis di Dewan Negara memaklumkan, ini kerana projek rel seperti LRT dan MRT merupakan projek berskala besar yang memerlukan peruntukan dana yang tinggi untuk membiayai pembangunan infrastruktur fizikal dan sistem.

“Satu kajian kebolehlaksanaan terperinci perlu dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan cadangan perkhidmatan rel baharu dapat dilaksanakan secara mampan,’’ katanya.

Ia bagi menjawab soalan daripada Senator Datuk Ahmad Azam Hamzah yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang memperluaskan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, dan bas di kawasan luar bandar dan pinggir bandar bagi memastikan akses yang lebih baik kepada penduduk di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Kementerian Pengangkutan berkata, bagi perkhidmatan bas pula, program Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (Interim Stage Bus Support Fund, ISBSF) telah bermula sejak 2012.

“la juga bertujuan menggalakkan pengendali bas berhenti-henti meneruskan perkhidmatan di laluan yang telah ditamatkan perkhidmatan disebabkan kerugian yang dialami oleh pengendali.

“ISBSF juga membantu pengendali meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan menyediakan bas yang lebih baik,’’ katanya.

Menurut Kementerian Pengangkutan, melalui inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ini, kelestarian rangkaian perkhidmatan bas berhenti-henti sedia ada terutama di laluan-laluan luar bandar dapat dikekalkan.

Ia sekali gus menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam yang lebih berkualiti. – 17 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related