◉ HEADLINES

2 ekor kucing mati di UM akibat serangan anjing liar, bukan penganiayaan

Laporan polis telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar dan Pihak Pengurusan UM untuk tindakan susulan

2:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kematian dua ekor kucing dalam keadaan kaki putus serta perut terbelah di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, di sini, bukan disebabkan penganiayaan sebaliknya akibat serangan anjing liar.

Ketua Polis Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kematian binatang berkenaan disebabkan serangan anjing liar di kawasan itu.

Beliau memberitahu aporan mengenai kejadian tersebut diterima oleh Balai Polis Pantai, pada jam 6.20 petang, semalam.

“Laporan polis telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar dan Pihak Pengurusan Universiti Malaya untuk tindakan susulan,’’ katanya yang dipetik dari Buletin TV3.

Kejadian itu mengejutkan ramai apabila tular di media sosial mengenai dua ekor kucing yang mati dengan keempat-empat kakinya dipotong manakala perutnya dibelah, dalam kejadian yang berlaku di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi di Universiti Malaya (UM).

Ia didedahkan oleh seorang netizen, Caroline Lim menerusi akaun Facebook Cat Lovers Group Malaysia bagi mencari pelaku kejam yang tidak berhati perut itu.

Berikutan itu, Kesatuan Pelajar Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (KMUM FPE) telah membuat laporan polis semalam.

Dalam kenyataannya, KMUM FPE berkata, pasukan veterinar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga datang ke fakulti berkenaan pada 4 petang semalam untuk menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, UM engggan mengeluas lanjut mengenai perkara tersebut memandangkan ia telah dirujuk kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

“UM akan terus memantau perkembangan ini dan bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkenaan bagi memastikan isu ini ditangani dengan sewajarnya,” kata UM dalam satu kenyataan. – 18 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

Degazetted: 67.6 Hectares land in Kinrara, Puchong, for mixed Development – Ravindran Raman Kutty

Degazettement of Kinrara forest sparks alarm over water security and Selangor’s last green lung

◉ Related