HEADLINES

Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya: Tiong

Warganet diingatkan agar tidak mempolitikkan isu ini atau menjadikannya sebagai isu agama atau perkauman

3:00 PM MYT

 

PETALING JAYA – Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya, dan dijangka dapat disiarkan dalam tempoh seminggu, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata pihak kementerian dan agensi yang berkaitan telah diminta menghasilkan video-video promosi, dan membahagikan promosi negeri berkenaan mengikut zon, memandangkan beliau tidak berpuas hati dengan hasil akhir video yang ditunjukkan kepadanya hari ini.

“Saya mahu video itu dibahagikan mengikut zon, supaya orang ramai faham, negeri ini ada apa (tarikan setiap negeri) bukan kita lompat sini, lompat sana… akhir sekali pelancong dari luar negara pun keliru, tak tahu mana satu (tarikan) di negeri itu.

“Kita promosi setiap negeri dengan teratur, saya minta semua kerajaan negeri, masing-masing bekerjasama, bekalkan kita dengan maklumat, destinasi pelancongan, produk atau pakej (pelancongan) yang baharu, atau makanan yang kita rasa paling sedap, kita boleh masukkan (dalam video) untuk dipromosi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Sesi Libat Urus bersama Pemain Industri Pelancongan (Wilayah Tengah) 2025 di sini hari ini.

Sementara itu Tiong berkata video montaj yang dipertontonkan semasa majlis pelancaran logo, maskot, lagu tema, dan reka bentuk paparan corak pada kapal terbang bagi TMM2026 Isnin lepas, bukanlah video yang akan digunakan bagi tujuan promosi.

Beliau berkata ia hanyalah video pelancaran ringkas dan pendek berdurasi 41 saat.

Tiong turut mengingatkan semua pihak terutama warganet agar tidak mempolitikkan isu ini atau menjadikannya sebagai isu agama atau perkauman, dan berkata pihaknya terbuka untuk menerima pandangan atau kritikan membina daripada pelbagai pihak.

Video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tourism Malaysia itu memaparkan beberapa destinasi tumpuan pelancong antaranya Jalan Petaling dan Pasar Seni di Kuala Lumpur, Gua Mulu (Sarawak), Skywalk Langkawi (Kedah), Batu Caves (Selangor) dan gereja lama di Melaka.

Semalam Tiong berkata elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang lebih terperinci dalam masa terdekat. – 9 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related