HEADLINES

Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam kepengerusian ASEAN: PM

Turut dibincangkan, hubungan dua hala, khususnya bagi meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan, kerjasama perbatasan serta beberapa isu berbangkit

3:40 PM MYT

 

SEPANG – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu dinyatakan Presiden Indonesia Prabowo Subianto dalam pertemuan tertutup semasa majlis makan tengah hari yang diadakan di ibu negara hari ini.

“Kunjungan rasmi Prabowo pada 27 Januari ini, tetapi beliau rasa nak datang (hari ini) kerana kita sahabat lama dan kita perlu berbincang dari hati ke hati isu bersama.

“Hasrat beliau (adalah) untuk bekerjasama serta membantu saya dalam Kepengerusian ASEAN,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selepas menghantar Prabowo pulang ke Indonesia yang menamatkan lawatan kerja sehari ke Malaysia.

Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bermula bulan ini dengan Tema Kepimpinan ASEAN 2025 Malaysia adalah ‘Keterangkuman dan Kelestarian’. Sebelum ini Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Anwar berkata semasa pertemuan tidak rasmi itu, mereka turut berbincang mengenai hubungan dua hala, khususnya bagi meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan, kerjasama perbatasan serta beberapa isu berbangkit.

“Tentunya pertemuan ini lebih banyak (perbincangan) tidak rasmi. Kedua-dua kami berasa harus dilakukan sesuatu yang lebih untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan, kerjasama perbatasan serta menyelesaikan beberapa masalah berbangkit,” katanya.

Terdahulu Anwar dan Prabowo yang menaiki kenderaan sama, tiba di Kompeks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada 1.10 petang.

Sebelum menaiki pesawat khas membawa presiden negara Indonesia itu pukul 1.20 petang, Prabowo melintasi barisan kawalan kehormatan 28 pegawai serta anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat), diketuai Kapten Raja Azri Syahir.

Hadir sama Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono. 

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan lawatan itu adalah cerminan hubungan istimewa antara Malaysia dan Indonesia yang ditunjangi oleh kerjasama kukuh dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosio-budaya, pertahanan dan keselamatan.

Pada 2023, Indonesia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM111.21 bilion (US$24.39 bilion).

Sejak Januari hingga Okt 2024, jumlah dagangan dua hala telah mencecah RM95.50 bilion (US$20.75 bilion) berbanding RM94.37 bilion (US$20.69 bilion) dalam tempoh yang sama pada 2023. – 9 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related