HEADLINES

Titah Adendum: KJ sedia beri kerjasama

Dua laporan telah dibuat ke atas Khairy Jamaluddin pada Jumaat lalu berhubung kenyataannya melibatkan Titah Adendum

6:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersedia memberikan kerjasama penuh dalam siasatan polis berhubung kenyataannya mengenai kewujudan dokumen tambahan membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau akan memberikan keterangan kepada polis.

“Saya akan memberikan keterangan kepada pihak polis sebab ada laporan polis, dan saya akan memberi kerjasama kepada pihak polis. Itu saja,” katanya seperti dilaporkan Buletin TV3.

Beliau ditemui pemberita di hadapan bangunan yang menempatkan Studio Keluar Sekejap, di sini, hari ini.

Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman akan merakam keterangan itu di Damansara, Selangor susulan laporan polis yang dibuat Jumaat lepas terhadap dakwaan Khairy.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sementara itu, tiga pegawai polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 4.40 petang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Pada Jumaat, dua laporan polis telah dibuat terhadap Khairy atas kenyataannya berhubung isu dokumen mengenai satu perintah yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Laporan berkenaan dibuat oleh Datuk Suraya Yaacob, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nor Azrina Surip, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Menerusi salinan laporan polis berkenaan, Suraya dan Nor Azrina memaklumkan kenyataan dikeluarkan Khairy yang mengaitkan dua menteri berkenaan adalah tidak benar, memburukkan menteri, mengelirukan dan menimbulkan perasaan tidak senang serta suasana panik dalam kalangan rakyat sehingga berkemungkinan boleh menggugat keamanan negara. – 13 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Malaysia nears eradication of hardcore poverty as average household income hits RM9,155

With the poverty rate now at just 0.09%, government initiatives show promising progress, while efforts to enhance social mobility and living standards continue

Related