◉ HEADLINES

Pengurangan bayaran bon Zuraida: PKR fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan

PKR sedang berusaha untuk mengembalikan semula jumlah asal sebanyak RM10 juta

3:15 PM MYT

 

PUTRAJAYA – PKR memfailkan permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon bekas naib presiden parti itu, Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 susulan tindakan melanggar syarat bon parti itu.

Peguam PKR Navpreet Singh berkata kepada Bernama, parti itu telah mengemukakan permohonan pada 8 Januari lepas dan notis usul telah diserahkan kepada peguam Zuraida.

Beliau berkata PKR sedang berusaha untuk mengembalikan semula jumlah asal sebanyak RM10 juta.

“Pengurusan kes ditetapkan pada 10 Februari ini,” katanya sambil menambah PKR telah mengemukakan 12 persoalan undang-undang.

Pada 11 Disember tahun lepas, panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk See Mee Chun mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Zuraida telah melanggar syarat bon parti, namun mengurangkan jumlah bayaran daripada RM10 juta kepada RM100,000.

Pada 23 Jun 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Zuraida yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang membayar RM10 juta selepas memutuskan memihak kepada PKR dalam saman terhadapnya. 

Hakim Datuk Akhtar Tahir mendapati bon itu adalah kontrak yang sah dan mengikat.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada 28 Sept 2020 bagi pihak parti untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida atas dakwaan melanggar syarat bos yang mengikatnya kepada parti.

Dalam terma dan syarat bon, antara lain Zuraida dikehendaki membayar RM10 juta kepada PKR dalam tempoh tujuh hari sekiranya berlaku beberapa kejadian selepas memenangi pilihan raya atas tiket PKR termasuk jika beliau meletak jawatan dari parti, menyertai parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Zuraida dalam pembelaannya mendakwa beliau dipaksa menandatangani bon dengan parti itu untuk menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. – 17 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

FIFA boss Gianni Infantino earns a World Cup sized paycheck

Since 2016, FIFA president Gianni Infantino has seen his salary soar to over €5 million a year and that’s before performance bonuses and eye-popping perks like mattresses, tuxedos, and exercise steppers. Football’s top boss is living large while running the world’s game

◉ Related