HEADLINES

Proses penamaan calon PRK Parlimen Kemaman bermula

Tarikh pengundian awal ditetapkan pada 28 November ini manakala 2 Disember adalah hari pengundian.

9:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman telah dibuka pada jam 9 pagi ini di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman.

Barisan Nasional (BN) menampilkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon manakala Perikatan Nasional (PN) menamakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kiri) bergambar bersama Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebelum proses penamaan calon pagi ini. – Gambar Facebook, 18 November, 2023

Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon sebelum diisytiharkan layak bertanding.

Tarikh pengundian awal ditetapkan pada 28 November ini manakala 2 Disember adalah hari pengundian.

Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu diumumkan sebagai calon PRK Kemaman. – Gambar Facebook PAS, 18 November, 2023

Sebanyak 141,790 pengundi layak mengundi termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK Parlimen Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu telah membatalkan kemenangan calon calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi menewaskan Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Hasuni Sudin (8,340) dan calon Pejuang Rosli Ab Ghani (506). – 18 November, 2023

Topics

 

Hangat

Budget 2026: RM2 billion cash aid for Deepavali

Prime minister says nearly nine million Malaysians will benefit from increased STR and SARA assistance, with allocations rising to RM15 billion next year

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related