HEADLINES

Pendirian pelaburan BYD di Perak bukan isu negeri yang sempit ‘ia berdasarkan penyelidikan’ : Howard Lee

Jika kami diharapkan untuk berdiam diri dan membiarkan lobi korporat yang bersandarkan maklumat yang salah mengalihkan satu pelaburan strategik ke tempat lain, pasukan Perak tidak akan tunduk, tegas Howard Lee

9:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan pelaburan syarikat automotif elektrik dari China BYD Sime Motors di Tanjung Malim, Perak bukan satu isu negeri yang sempit sebaliknya ia adalah cadangan pelaburan yang berteraskan kepentingan Malaysia.

Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga Ahli Lembaga Pengarah Invest Perak, Howard Lee berkata, pendirian mengenai pelaburan BYD itu dibuat berdasarkan penyelidikan, penilaian teknikal, risikan pelaburan serta pelbagai pusingan penyelarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Atas faktor berkenaan, kata Lee, Perak sentiasa yakin pelaburan BYD di Tanjong Malim bukan sahaja selaras dengan kepentingan negeri malah sejajar dengan kepentingan serta dasar nasional.

Justeru, Lee mengingatkan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industi, Sim Tze Tzin supaya tidak memperlekehkan pandangan, risikan, keupayaan dan usaha kerajaan negeri.

“Jika mempertahankan pelaburan BYD di Tanjong Malim boleh dianggap ‘sempit’ maka adakah Timbalan Menteri juga mahu mengatakan bahawa hala tuju dasar nasional untuk membangunkan Tanjong Malim sebagai hab automotif berpertumbuhan tinggi, bernilai tinggi dan berteknologi tinggi itu sendiri juga ‘sempit?

“Saya perlu jelaskan bahawa saya terlibat dalam perkara ini sebagai seorang wakil rakyat Persekutuan dan juga sebagai ahli Lembaga Pengarah Invest Perak tanpa imbuhan.

“Sejak dari awal lagi, saya terlibat dalam menyelaras pertemuan serta libat urus antara BYD dengan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, serta pegawai kanan Persekutuan dan isu ini tidak pernah menjadi isu negeri yang sempit,’’ katanya.

Pada Ogos 2025, BYD dilaporkan akan membuka kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di Tanjung Malim dengan pengeluaran dijangka bermula 2026.

Bagaimanapun media melaporkan perancangan BYD untuk membina kilang pemasangan kenderaan elektrik CKD di Malaysia mungkin tidak diteruskan susulan syarat baharu ditetapkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Antara isu utama ialah keperluan supaya 80 peratus kenderaan yang dihasilkan dieksport manakala hanya 20 peratus dibenarkan untuk pasaran tempatan dengan harga tidak kurang RM200,000.

Bagaimanapun MITI dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tiada syarat yang tidak memihak dikenakan terhadap pengeluar kereta sebaliknya keperluan itu terpakai sama rata kepada semua pelaburan automotif baharu sejak September 2025.

Pada Ogos 2025, BYD dilaporkan akan membuka kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di Tanjung Malim dengan pengeluaran dijangka bermula 2026. – Gambar media sosial, 19 April, 2026

Dalam pada itu, Lee berkata seluruh proses yang dijalankan berhubung pelaburan berkenaan mempunyai rekod yang jelas daripada hubungan awal, lawatan tapak, penyelarasan, kemudahan fast-track, pendaftaran syarikat, pemeteraian perjanjian tanah hingga kepada permohonan Lesen Pengilang interim.

“Ini ialah satu projek pelaburan yang digerakkan secara serius, bukannya slogan bermusim.

“Perak sememangnya mempunyai alasan yang cukup untuk membalas dengan mengatakan bahawa ada pihak yang tunduk kepada lobi korporat, atau mengamalkan perlindungan sempit, malah gagal mendengar realiti serta keperluan mendesak zaman ini dalam suasana penyusunan semula rantaian bekalan global.

“Namun Perak tidak berbuat demikian. Perak memilih untuk terus profesional — berpegang pada fakta, bukan melabel,’’ katanya.

Jelasnya, memandangkan MITI menyatakan Malaysia mengalu-alukan syarikat automotif bertaraf dunia untuk menyertai keseluruhan rantaian nilai, termasuk komponen, penyelidikan dan pembangunan, logistik serta perkhidmatan selepas jualan, maka persoalannya bukanlah sama ada Perak menyokong dasar nasional atau tidak.

Persoalannya, kata beliau ialah sama ada pelaksanaan dasar itu cukup anjal untuk mendapatkan hasil yang paling menepati kepentingan negara.

“Berdasarkan fakta yang ada di hadapan kita, pelaburan BYD di Tanjong Malim jelas memenuhi ukuran itu.

“Jika kami diharapkan untuk berdiam diri dan membiarkan lobi korporat yang bersandarkan maklumat yang salah mengalihkan satu pelaburan strategik ke tempat lain pasukan Perak tidak akan tunduk,’’ katanya. – 19 April, 2026

Topics

 

Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related