HEADLINES

Jerebu: KPM dapat nasihat, cadangan KKM sama ada tutup sekolah atau sebaliknya

Beliau turut meminta semua sekolah di seluruh negara untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam usaha menangani situasi jerebu ketika ini

1:47 PM MYT

 

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mendapatkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup atau sebaliknya jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus meningkat.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat KKM dari semasa ke semasa berkenaan perkara itu.

“Kita akan bergantung kepada nasihat KKM dari semasa ke semasa berkenaan cadangan untuk menutup (sekolah) atau pakai pelitup muka dan sebagainya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Perasmian Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) KPM peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), hari ini.

Pada masa sama, Fadhlina meminta semua sekolah di seluruh negara untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam usaha menangani situasi jerebu ketika ini.

Katanya, tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan sekiranya bacaan IPU melebihi 100.

“Kita memang dah ada garis panduan dan kekal dengan ia… malah kita sering tegaskan garis panduan ini terpakai untuk semua dan mesti dipatuhi untuk elak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Jumlah kawasan merekodkan bacaan Indeks IPU kategori tidak sihat pagi tadi meningkat kepada 16, merangkumi sembilan negeri dengan Cheras di merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 164.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, isu kekurangan guru hanya bersifat sementara dan pihaknya sentiasa melaksanakan unjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan masalah itu dapat ditangani.

“Isu kekurangan guru adalah sementara dan kita baru selesai temu duga untuk pengambilan one-off selain sedang dalam proses pengambilan secara contract of service (COS) (kontrak perkhidmatan),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendakwa sekolah di seluruh negara mengalami kekurangan lebih 20,000 guru dan perlu diselesaikan segera.

Sementara itu, menyentuh mengenai Program Mahrajan Al-Quran, Fadhlina berkata acara tahunan itu disertai 688 peserta dari sekolah rendah dan menengah yang mengambil bahagian dalam 16 acara yang dianjurkan.

Beliau berkata, program itu antara lain bertujuan untuk membangunkan potensi dan sahsiah pelajar selain meningkatkan keupayaan serta keberanian mereka. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related