HEADLINES

Exco Terengganu: Provoksi bukan alasan bertindak kasar pada OKU

Semua pihak perlu lebih memahami cabaran yang dihadapi golongan ini dan memberikan sokongan yang diperlukan

3:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Terengganu menyelar tindakan orang awam membelasah seorang lelaki kelainan upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Terengganu pada Jumaat lalu.

Exco kerajaan Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Razali Idris berkata provokasi tidak boleh dijadikan alasan untuk bertindak kasar terhadap golongan OKU.

“OKU adalah golongan yang memerlukan sokongan dan pemahaman. Mereka tidak seharusnya dilayan dengan kekerasan, walaupun dalam situasi yang menegangkan.

“Kita yang berupaya perlu memberi contoh yang baik dengan menghormati hak dan martabat OKU.

“Saya mengajak semua pihak untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi golongan ini dan memberikan sokongan yang diperlukan,” katanya memetik laporan media.

Sementara itu, setakat ini lima lelaki sudah ditahan reman pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Sebelum ini, tular di laman sosial video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas seorang OKU, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang menunggang motosikal terlanggar salah sebuah gerai sehingga menyebabkan makanan jualan terjatuh.

Video kejadian berkenaan turut tular di laman sosial dan mengundang kecaman warga maya yang menyifatkan tindakan memukul individu tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan. – 20 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related