HEADLINES

SPRM tambah empat pegawai integriti di Kementerian Pertahanan

Langkah susulan dakwaan kartel tender tentera, selepas dua pegawai ditempatkan sejak 2022

4:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menempatkan empat lagi pegawai integriti di Kementerian Pertahanan dalam tempoh enam bulan, susulan dakwaan wujudnya kartel tender tentera.

Ketika ini, dua pegawai integriti telah pun berkhidmat di kementerian berkenaan sejak dua tahun lalu, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Pegawai integriti ini bukan hendak menjalankan siasatan (kes), namun nak tengok cara mana perolehan dibuat, sesuatu cadangan dan sebagainya. Termasuk untuk tentera darat, laut dan udara.

Buat satu kajian dan semakan untuk mengelakkan kebocoran serta kelemahan dan sebagainya,” katanya lapor Harian Metro pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media di Kota Bharu.

Azam menjelaskan, langkah itu diambil selepas pertemuannya dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin, yang turut membincangkan isu ketirisan dalam kementerian, termasuk perolehan tender dan sebut harga.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Hafizuddeain Jantan, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.197 juta. Isterinya, Salwani Anuar, turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah bernilai RM77,000.

SPRM sebelum ini hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi menyiasat beberapa projek perolehan melalui tender terbuka dan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat sejak 2023. Susulan siasatan itu, enam akaun bank milik pegawai dan ahli keluarga telah disita. – 22 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related