HEADLINES

Ekonomi negara kekal berdaya tahan, lebih baik berbanding Singapura dan Thailand: MOF

MOF berkata walau bagaimanapun kadar pertumbuhan Malaysia adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan negara Vietnam, Filipina dan Indonesia

9:16 AM MYT

 

Kuala Lumpur – Kementerian Kewangan (MOF) berkata prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, lebih baik berbanding beberapa negara ASEAN antaranya Singapura dan Thailand pada suku kedua tahun ini meskipun berhadapan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia menurut MOF, bagi tempoh tersebut mencatat sebanyak 4.4%, disokong oleh permintaan domestik yang kekal mampan, manakala Singapura mencatat 4.3% dan Thailand merekodkan pertumbuhan 2.8%.

“Secara keseluruhannya, pertumbuhan KDNK negara telah diunjur mencatat antara 4.0% hingga 4.8% pada 2025, mengambil kira cabaran ekonomi dan persekitaran global semasa,” kata MoF dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, lapor Bernama.

Soalan lisan di Dewan Negara itu diaju Senator Pele Peter Tinggom yang meminta Kementerian Kewangan menjelaskan kedudukan pertumbuhan ekonomi negara setakat suku kedua 2025.

Beliau juga ingin tahu, sejauh mana prestasi pertumbuhan KDNK negara berbanding negara-negara ASEAN yang lain.

Sementara itu, kementerian berkata walau bagaimanapun kadar pertumbuhan Malaysia adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan negara Vietnam, Filipina dan Indonesia.

Ekonomi Vietnam berkembang 7.9%, menjadikannya antara yang paling tinggi di rantau ini.

Pertumbuhan KDNK Filipina mencatat 5.5%, manakala ekonomi Indonesia mencatat pertumbuhan 5.1%.

Prestasi pertumbuhan ekonomi berbeza-beza antara negara menggambarkan kepelbagaian struktur ekonomi dan strategi dasar ekonomi masing-masing.

Secara keseluruhannya, berdasarkan prestasi terkini ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, dipacu oleh kerangka Ekonomi Madani yang inklusif dan seimbang. – 11 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related