HEADLINES

Jakim akan panggil Harith Iskander berhubung isu jenaka ‘ham’ 

Jakim juga sudah membuat laporan polis selain bekerjasama dengan MCMC untuk menyekat akaun dan menurunkan kandungan

5:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pelawak dan pelakon Harith Iskander berhubung hantaran di akaun Facebooknya mengenai isu ‘ham’ yang didakwa menghina agama Islam.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata jabatan itu juga telah membuat laporan polis. 

“Selain itu, Jakim juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sirajuddin berkata Jakim tidak sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan mempersendakan ajaran Islam dan menyinggung sensitiviti umat Islam.

Beliau turut menyeru semua pihak mengamalkan sifat hormat dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat, selain meminta semua pihak bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan negara haruslah dihormati pada setiap masa dan bukanlah alasan untuk masyarakat tidak menjalani kehidupan yang harmoni dalam situasi masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harith Iskander, 54, didakwa memuat naik hantaran itu semasa kontroversi sandwic ‘ham and cheese’ yang dikatakan diragui status halalnya baru-baru ini. 

Hantaran berkenaan didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam apabila seorang pengguna media sosial meninggalkan komen pada hantaran itu yang dipercayai mengaitkan ‘ham’ dengan nama Nabi Muhammad SAW. – 23 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Fire guts Juru hardware factory, smoke visible from Penang island

Thick plumes of smoke spread up to 6km from the blaze, with 60% of the building reported damage

Petronas Dagangan ready to ensure Malaysia’s supply amid Iran crisis

Performance is steady despite geopolitical challenges and energy crisis

Bandar Utama stabbing: Teen charged with murder of Yap Shing Xuen

No plea recorded as murder charge falls under High Court's jurisdiction

Related