◉ HEADLINES

Noktahkan perumpamaan rasis, kalau betul utamakan perpaduan – Poobalan PannirSelvam

Tiba masa kerajaan pertimbang akta larang penggunaan perumpamaan rasis seperti "Melayu Belacan", "Cina Babi" dan "India Keling" untuk menjaga perpaduan kaum

2:39 PM MYT

 

ISU perpaduan selalunya menjadi ejen pilihan raya bagi kebanyakan parti politik di negara kita. Isu ini selalunya dimainkan kepada kaum minoriti sebagai jaminan terhadap kepelbagaian etnik dan tradisi dan keberterusan kebebasan beragama di negara ini.

Apabila isu perkauman muncul, selalunya akan muncul ramai ‘hero’ dari pelbagai kaum yang lantang bersuara.

Ada yang hendak mendapatkan political mileage namun ada juga pihak yang benar-benar berniat hendak melindungi hak kaum mereka sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang.

Dalam era globalisasi ini, dunia sudah maju dalam pelbagai aspek.

Jika kita masih berlegar dalam isu perkauman dan bersikap rasis sesama kaum maka kita akan ketinggalan zaman.

Memandang Kerajaan Perpaduan mempunyai majoriti sokongan golongan bukan Islam, tidakkah menjadi tugas utama kerajaan ini untuk melindungi mereka? Begitu juga dengan tugas kerajaan ini untuk melindungi golongan Muslim di negara ini untuk menjaga keharmonian.

Sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan kewujudan Akta Undang-Undang Persekutuan bagi melarang penggunaan perumpamaan rasis seperti ‘Melayu Belacan’, ‘Cina Babi’ dan ‘India Keling’ untuk menjaga perpaduan kaum.

Apa jua bentuk penggunaan perkataan tersebut sama ada secara pertuturan atau di media sosial, seharusnya diambil tindakan undang-undang.

Sudah menjadi kebiasaan media sosial menjadi tempat pertempuran bagi puak-puak rasis dan ia menjadi tanggungjawab Kerajaan Perpaduan membendung kegiatan seperti ini.

Kami di Semenyih, dengan adanya Nushi Mahfodz selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N24 Semenyih, seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang berjiwa perpaduan, selalunya memastikan kebajikan dan ekonomi semua kaum sentiasa dipelihara. – 17 Februari, 2025

Poobalan PannirSelvam T adalah Pegawai Khas Kaum India N24 DUN Semenyih

Topics

 

◉ Popular

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related