◉ HEADLINES

[KEMAS KINI] Ismail Sabri kini stabil, sudah sedar sepenuhnya

Bekas Perdana Menteri itu dilaporkan pengsan dan dikejarkan ke hospital awal pagi ini

3:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 65, yang dilaporkan pengsan awal pagi tadi akibat tekanan darah tinggi, kini sudah stabil dan sedar sepenuhnya .

Setiausaha akhbarnya, Azran Fitri Rahim berkata, Ismail yang dirawat di sebuah hospital di Damansara, bagaimanapun masih memerlukan pemerhatian rapi.

“Alhamdulillah keadaan beliau pada petang ini telah stabil dan sedar sepenuhnya. Bagaimanapun beliau masih memerlukan pemerhatian rapi daripada Doktor di sebuah hospital di Damansara,’’ katanya dalam kenyataan di Facebook.

Azran juga memberitahu, Ahli Parlimen Bera itu tidak dibenarkan menerima pelawat buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih.

Jelasnya, hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan menziarahi Ismail.

Terdahulu, Ismail dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas pengsan dan tidak sedarkan diri pada jam 2.30 pagi tadi.

Azran ketika dihubungi Scoop sebelum ini mengesahkan perkara tersebut. Ismail kini sedang dirawat di Sunway Medical Centre, Kota Damansara dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Saya dimaklumkan Datuk Seri (Ismail Sabri) pengsan di rumahnya dan dibawa ke hospital kira-kira 2.30 pagi untuk rawatan,” katanya.

Beliau turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu. – 22 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Sedia pinda undang-undang kekang jenayah babit pesakit mental: Dzulkefly

Dzulkefly tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu didakwa mengalami masalah kesihatan mental, menggunakan 'tiket sedemikian' untuk melakukan jenayah, namun sebarang pindaan perlu diperhalusi

Isu kibar bendera China: Hentikan keluar kenyataan berbaur hasutan, 3R, tegas Fahmi

Menteri Komunikasi berkata ia bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan

◉ Related