HEADLINES

Sewa bazar Ramadan DBKL hanya sekitar RM300, jadi harga makanan patut lebih murah: Dr Zaliha

Caj dikenakan DBKL adalah sebanyak RM500 bagi bazar Ramadan termasuk cagaran RM200 yang akan dipulangkan jika tiada pelanggaran syarat lesen

3:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Harga makanan di bazar Ramadan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seharusnya lebih rendah berbanding tempat lain kerana kadar sewa yang dikenakan adalah sangat rendah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa berkata, caj dikenakan oleh DBKL adalah sebanyak RM500 bagi bazar Ramadan termasuk cagaran RM200 yang akan dipulangkan sekiranya tiada pelanggaran syarat lesen.

“Ini bermakna setiap penjaja perlu membayar sekitar RM300 sahaja untuk satu petak bazar Ramadan.

“Harga makanan di bazar Ramadan seharusnya lebih rendah berbanding yang biasa atau tempat lain sebab kita sudah beri tapak pada harga sewa yang sangat rendah,’’ katanya selepas sesi taklimat media mengenai Bazar Ramadan dan Aidilfitri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ia turut dihadiri oleh Datuk Bandar, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Menurut Dr Zaliha, DBKL turut mengadakan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan harga yang dijual di bazar Ramadan lebih murah berbanding di lokasi lain.

Pada tahun ini sebanyak 42 tapak Bazar Ramadan dan Aidilfitri melibatkan 3,567 petak disediakan kepada peniaga di dalam kawasan DBKL.

Daripada jumlah berkenaan, 40 adalah tapak untuk Bazar Ramadan yang akan bermula pada Ahad ini manakala dua lagi untuk Bazar Aidilfitri.

Sewa sebanyak RM500 dikenakan kepada peniaga tapak Bazar Ramadan manakala bagi Bazar Aidilfitri pula adalah RM2,700.

Ditanya mengenai penjualan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri, Dr Zaliha memberitahu setakat ini tiada aduan diterima berhubung isu berkenaan.

Jika ada, katanya tindakan tegas termasuk dibatalkan lesen dan disenaraihitamkan akan dijalankan.

Jelasnya, anggota penguatkuasa yang bertugas juga akan memastikan mereka yang mendapat lesen itu berada di tapak berkenaan sepanjang masa.

“Setakat ini tidak terima aduan daripada mana-mana pihak menjual lesen malah pemantauan dibuat 24 jam. Ini merupakan tindakan yang sangat jelas bahawa kita serius dalam hal ini malah ada lebih 600 petugas ditempatkan di semua Bazar Ramadan dan Aidilfitri.

“Pada pemberi lesen dan penyewa, kita akan batalkan dan blacklist (senaraihitam) mereka ini. Ini merupakan antara amaran keras kerana kita mahu pelaksanaan ini berjaya dan bantu peniaga kecil.”

Awal bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan DBKL membatalkan lesen Bazar Ramadan yang dikeluarkan sekiranya mendapati ada peniaga memindahkan lesen mereka kepada pihak lain.

Anwar menegaskan, isu ‘memindahkan’ lesen itu antara aspek tatakelola yang harus diberikan penekanan dan memerlukan penguatkuasaan lebih baik.

Oktober tahun lalu, DBKL telah mengambil alih operasi 65 bazar di ibu kota yang sebelum ini dikendalikan oleh beberapa persatuan yang menguruskan urusan bazar termasuk kutipan sewa dan peruntukan lot perdagangan. – 26 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related