HEADLINES

Pejabat PM adakan program taklimat harian, jelaskan isu semasa

PMO akan menjelaskan isu-isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat dan menangkis penyebaran fitnah

12:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pejabat Perdana Menteri (PMO) akan mengadakan program siaran langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bermula Isnin ini, bagi memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus daripada sumber rasmi iaitu Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri akan disiarkan di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia pada 11 pagi dan 5 petang mengikut keperluan, yang disampaikan Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah.

Dalam siaran langsung pertama taklimat itu yang disampaikan oleh Tunku Nashrul hari ini, beliau berkata PMO akan menjelaskan isu-isu semasa, dasar-dasar penting, serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.

Beliau berkata taklimat itu juga merupakan langkah penting untuk menangkis penyebaran fitnah serta maklumat palsu yang mengelirukan masyarakat.

“Dalam era pasca normal yang menyaksikan maklumat tersebar luas dengan pantas, keperluan untuk mendapatkan fakta yang tepat dan sahih adalah amat penting. Menyedari hakikat ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, yang akan disiarkan secara langsung.

“Inisiatif ini juga selaras dengan gagasan Madani yang menjunjung tinggi ketelusan antara pentadbiran dan rakyat, di samping membudayakan amalan menyemak kebenaran sesuatu maklumat melalui sumber yang sahih dan tepat,” katanya dalam siaran langsung di Facebook rasmi Anwar. – 1 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related