HEADLINES

SPRM siasat kartel bawa pekerja asing, tidak hanya tumpu kes wartawan: Azam Baki

Mana-mana pihak yang memaksa orang membayar wang untuk tidak terbitkan satu artikel adalah satu kesalahan, kata Azam Baki

3:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan siasatan pihaknya tidak hanya tertumpu kepada kes seorang wartawan Malaysiakini yang ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada ejen berurusan dengan pekerja asing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan terhadap sindiket yang disyaki membawa masuk pekerja asing.

“Kita sudah cakap banyak kali, kita juga telah siasat isu kartel untuk membawa masuk pekerja asing dalam negara. Siasatan masih dijalankan.

“Tetapi mana-mana pihak memaksa orang membayar wang untuk tidak terbitkan satu artikel… itu satu kesalahan.

“Wartawan, ahli politik, dan penjawat awam juga boleh disiasat SPRM berhubung dakwaan rasuah,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Azam berkata, pihaknya juga memberi jaminan, selepas siasatan dijalankan kertas siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (DPP) untuk menilai sama ada, ada kes atau tidak.

“Kita akan menyerahkan kepada DPP untuk menilai kes membabitkan seorang wartawan Malaysiakini.

“Pihak kami ketika ini sedang melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan. Siasatan kes ini bukan bersifat terpilih kerana SPRM menerima kes daripada pengadu yang melaporkan salah laku itu.

“Ini adalah praktis kami dan juga berdasarkan pengalaman kami pada kes-kes yang lepas dan merujuk kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Azam Baki mengesahkan menahan seorang wartawan di bawah Seksyen 16, Akta SPRM 2009 kerana didakwa meminta dan menerima rasuah.

Azam berkata, suspek ditahan di bawah 16 Akta SPRM Rasuah 2009, kerana didakwa menerima wang tunai RM20,000 daripada pengadu kes.

Susulan itu, PAS menggesa SPRM mengutamakan siasatan berhubung kegiatan meragukan penglibatan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara berbanding menahan wartawan yang melaporkan mengenai dakwaan rasuah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana jika laporan itu benar maka ia berpotensi menimbulkan masalah lebih serius dan berbahaya bagi keselamatan serta ekonomi negara berbanding dakwaan peras ugut jenayah yang didakwa melibatkan seorang wartawan. – 3 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related