HEADLINES

Jemaah menteri dicadang lulus penubuhan SEGiM, sebagai badan kawal selia ekonomi gig: Zahid

SEGiM berperanan melindungi hak semua pihak dalam insdustri gig melalui dasar telus, pemantauan dan kawal selia kendiri

5:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri dicadangkaan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama ekonomi gig, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Zahid, kewujudan suruhanjaya berkenaan akan membolehkan ia memberi tumpuan kepada komponen kritikal dalam model ekonomi gig serta aspek yang memerlukan pengawalseliaan.

“SEGiM akan memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan kepentingan penyedia platform, pekerja gig, pengguna, serta semua pihak berkepentingan, memastikan hak mereka dilindungi melalui penguatkuasaan dasar yang telus, pemantauan standard perkhidmatan, serta pemerkasaan kawal selia kendiri dalam industri gig.

“Langkah ini juga akan menggalakkan piawaian industri yang lebih mampan, progresif, dan berdaya saing bagi menyesuaikan diri dengan lanskap ekonomi digital yang berkembang pesat,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) SEGiM bagi memperhalusi hala tuju dan strategi utama dalam memperkukuh industri gig di negara ini.

Menurutnya, kerajaan komited perkukuhkan ekonomi gig, menjamin kesejahteraan pekerja dan ekosistem ekonomi digital negara.

“SEGiM berperanan melindungi hak semua pihak dalam insdustri gig melalui dasar telus, pemantauan dan kawal selia kendiri,’’ katanya .

Zahid memberitahu, usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk merangka rang undang-undang holistik dan inklusif, mengambil kira pandangan daripada semua pemegang taruh termasuk pemain industri serta jutaan pekerja gig yang bergantung kepada ekonomi digital sebagai sumber pendapatan mereka.

Beliau berkata, ssas penubuhan SEGiM yang disediakan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melalui Kementerian Digital turut diperhalusi mesyuarat hari ini.

“Kerajaan mengambil maklum syor MDEC supaya penggubalan akta tubuh bagi SEGiM dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, selepas mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri.

“Kerajaan kekal komited dalam memperkukuh sektor ekonomi gig bagi menjamin kesejahteraan pekerja gig dan kestabilan ekosistem ekonomi digital negara.

“Langkah ini bukan sekadar memastikan keadilan dan perlindungan sosial, tetapi juga membuka lebih banyak peluang kepada rakyat dalam era ekonomi digital yang dinamik dan kompetitif,” katanya. – 11 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related