◉ HEADLINES

Abang belon nafi ditegur 3 kali oleh DBKL ‘nak jumpa mereka pun takut barang saya dirampas’

Abang belon juga menafikan dia adalah warga asing sebaliknya berasal dari Jerantut dan mempunyai seorang adik yang masih belajar

9:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Peniaga belon yang dikasari dalam kekecohan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Jumaat lalu, menafikan dia sudah ditegur sebanyak tiga kali oleh anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum bertindak agresif.

Sebaliknya kata peniaga belon itu, dia berniaga tanpa lesen dan bimbang barang-barangnya akan dirampas.

“Tiada. Tidak sama sekali. Tidak betul. Saya nak jumpa mereka pun saya takut kerana barang saya akan kena rampas, sebab saya berniaga tidak berlesen.

“Saya nak mohon lesen saya tak tahu prosedurnya bagaimana. Saya ni ada sakit angin pasang, saya cari duit untuk angin pasang satu lagi sebab raya,’’ katanya menerusi video yang dimuatnaik dalam Facebook Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, hari ini.

Abang belon berkata demikian selepas diziarahi oleh pegawai Shahidan, Azlan di Hospital Serdang.

Semalam, DBKL menerusi kenyataan memberitahu peniaga belon itu sudah diberi teguran kali ketiga untuk beredar sebelum bertindak agresif dan menolak anggota penguat kuasa DBKL.

DBKL berkata, sebelum kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu berlaku, anggota penguat kuasa DBKL yang melakukan rondaan berkala melihat kehadiran beberapa penjaja tanpa lesen menjalankan aktiviti perniagaan di laluan pejalan kaki Jalan TAR.

Satu laporan polis telah dibuat oleh penguat kuasa terlibat dalam kejadian tersebut.

Sebelum ini tular di media sosial susulan perselisihan antara seorang peniaga belon dan penguat kuasa DBKL sehingga mengakibatkan kekecohan.

Berdasarkan dua rakaman video tular berdurasi lebih tiga minit itu, berlaku aksi tolak menolak antara pegawai penguat kuasa DBKL dan sekumpulan peniaga yang cuba mempertahankan barangan jualan mereka.

Penjaja belon tersebut kini sedang menerima rawatan di Hospital Serdang dan hasil pemeriksaan sinar-X menunjukkan kemungkinan kecederaan patah tulang belakang.

Sementara itu, Abang belon, yang dalam keadaan sebak dalam rakaman video berkenaan menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dia adalah warga asing sebaliknya dia berasal dari Jerantut, Pahang dan mempunyai seorang adik.

“Saya orang Malaysia. Asal Jerantut , Pahang. Saya mohon jasa baik datuk bantu saya. Kemahiran saya cuma berniaga. Saya memang minat berniaga. Saya ada adik seorang yang masih belajar. Terima kasih datuk Shahidan,’’ katanya.

Peniaga belon itu menyatakan akan membuat laporan polis selepas selesai prosedur di hospital.

“Semalam saya dua kali berhenti dalam perjalanan balik ke rumah, berhenti tepi jalan,” katanya. – 30 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Zacharevic sues AirAsia over “Kids on Bicycle” copyright

Internationally renowned artist Ernest Zacharevic has filed a High Court suit against AirAsia and Capital A, alleging unauthorised use of his iconic mural on aircraft livery and promotional campaigns

Hauliers raise rates as fuel surge tightens pressure on logistics sector

Cost pass-through hits refrigerated and specialised cargo hardest amid record diesel prices

Nasi Kandar, mee Jawa among 28 Penang dishes gazetted as intangible cultural heritage

Also gazetted under state’s heritage enactment laws are cultural elements such as ‘nasi kandar culture’, ‘ kopitiam culture’, the Chingay Parade and Thaipusam Festival.

◉ Related