◉ HEADLINES

Tabung kutipan wang dapat bantu ringankan beban mangsa kebakaran Putra Heights

Mangsa kebakaran tersebut mencadangkan satu tabung diwujudkan bagi memboleh wang tunai disalurkan kepada mereka memandangkan ada yang kehilangan pendapatan

12:00 PM MYT

 

SUBANG JAYA – Penduduk Putra Heights yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dekat sini menggesa orang ramai untuk tidak lagi memberi sumbangan berbentuk pakaian.

Sebaliknya salah seorang penduduk yang juga bekas personaliti TV3, Aidil Abd Ghaffar, 56, mencadangkan supaya satu tabung diwujudkan di PPS agar sumbangan tunai dapat diberikan kepada orang ramai.

“Kami terharu dengan bantuan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), tak sempat kita nak berlapar, macam-macam (sumbangan makanan) dapat.

“Namun kepada mereka yang berniat nak menyumbangkan pakaian terutama baju tu cukup-cukuplah, dah terlalu banyak, semalam saya nampak ada pakaian (berlebihan) yang dipindah masuk ke dalam lori, jadi cukuplah.

“Ramai mangsa-mangsa ini semua kehilangan pendapatan, anak-anak nak bersekolah, ramai yang perlukan duit tunai. (Saya) cadang tubuh satu tabung di PPS ini, sumbangan hari ini kita serah sama rata kepada mangsa terbabit.

“Orang nak (wang) tunai, kalau bagi itu ini, anak mereka nak bersekolah esok, nak duit belanja, mereka dah la tidak ada apa sehelai sepingggang, jadi fikir-fikirlah,” katanya ketika ditemui Scoop di PPS di sini semalam.

Aidil Abd Ghaffar, 56, berkata sumbangan pakaian yang diterima di PPS itu sangat banyak hinggakan terpaksa dipindahkan masuk ke dalam lori. – Gambar Irwan Shafrizan Ismail, 5 April, 2025

Aidil turut menegur tindakan pihak yang mengambil kesempatan untuk hadir ke PPS semata-mata membuat konten di media sosial mereka.

“Ada artis mahu pun pempengaruh yang datang, sekadar hendak tunjuk muka, ambil gambar bersama mangsa dan kemudian balik,” katanya.

Terdahulu, tahap kawalan keselamatan di PPS dekat Masjid Putra Heights di sini, dipertingkat selepas mangsa dikatakan diganggu pihak luar, termasuk pempengaruh.

Difahamkan, hanya kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dibenar masuk ke PPS berkenaan, manakala pihak luar termasuk Jemaah Menteri perlu mendapatkan kebenaran untuk masuk ke premis terbabit.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ketetapan itu terpaksa dibuat bagi menjaga privasi mangsa insiden letupan gas bawah tanah di Putra Heights di sini, Selasa lalu.

Keputusan itu, katanya, dibuat selepas pihaknya menerima aduan mangsa yang tidak ‘selesa’ dengan kehadiran pelbagai pihak di PPS berkenaan sejak premis itu mula beroperasi. – 5 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related