HEADLINES

Umno berpeluang kembali dominan, kekal dalam Kerajaan Perpaduan langkah ke depan: Asyraf

Umno ada peluang baik untuk kembali menjadi parti dominan, tetapi ia perlu disokong oleh parti-parti lain dalam gabungan, kata Asyraf

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno kekal yakin parti itu mempunyai peluang yang baik untuk menjadi salah satu parti dominan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menekankan bahawa kerjasama dalam gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan masih dilihat merupakan langkah strategik ke hadapan untuk parti dan negara.

“Bila Presiden Umno menegaskan seruan agar Umno kembali menjadi parti dominan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan parti-parti lain dalam kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) ketika menjadi tetamu dalam, podcast Trick Lama oleh PoDaBoom, baru-baru ini yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Big Boom Media, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa (dua kanan); Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (lebih dikenali sebagai Rocky Bru) (kanan) dan Ketua Pengarang Kumpulan, Terence Fernandez (kiri). – Gambar Scoop, 1 Jun, 2025

“Tetapi satu keperluan untuk memperkukuh kestabilan politik dan suara Melayu-Bumiputera dalam negara.

“Umno perlu tampil sebagai sebuah parti yang mempunyai komposisi kerusi lebih besar dalam kerajaan.

“Umno ada peluang baik untuk kembali menjadi parti dominan, tetapi ia perlu disokong oleh parti-parti lain dalam gabungan.

“Kita tidak boleh menang dengan menolak kepelbagaian kaum atau menyertai gabungan yang menyemarakkan perpecahan antara kaum,” katanya ketika menjadi tetamu dalam episod terbaharu Trick Lama oleh PoDaBoom, podcast terbitan Big Boom Media yang turut menerbitkan Scoop, baru-baru ini.

Ia diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Big Boom Media, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (lebih dikenali sebagai Rocky Bru) dan Ketua Pengarang Kumpulan, Terence Fernandez.

Beliau turut menekankan bahawa asas pembinaan negara ini adalah kepelbagaian kaum, dan Umno perlu terus bekerjasama dengan parti-parti lain yang mewakili semua lapisan masyarakat, tanpa terjebak dalam politik perkauman.

“Menghadapi PRU-16, kita melihat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan adalah ‘way forward’ kepada parti, ia juga realiti untuk negara ini,” katanya.

Asyraf Wajdi juga secara terbuka mengakui bahawa Umno pernah melakukan kesilapan ketika mentadbir negara dahulu dan bersedia memperbaikinya.

“Apa yang berlaku kepada Umno, kita kalah kali kedua pada 2022 (PRU-15) bukan kerana parti lain kuat, tapi kita yang lemah.

“Kenapa kita lemah? Sebab kita berpecah-pecah, tidak bersatu, kita ada kumpulan itu kumpulan ini, tak pernah berlaku dalam masa 22 bulan, ada kluster mahkamah, kluster WTC, kluster Putrajaya, tiba-tiba ada istilah itu bila masing-masing pegang kuasa, namun kita belajar daripada pengalaman pahit ini.

“Saya tidak malu untuk bercakap bahawa, ya mungkin betul, masa kita memerintah dulu, kita lupa daratan, kita angkuh, sombong dan rakyat melihat kita sebagai parti yang hanya fikir untuk memperkayakan diri, keluarga dan suku sakat.

“Ok tidak mengapa, kita terima, siapa yang bersalah, kita ada undang-undang.

“Tapi jangan kita ‘generalize’ atau ‘membakulkan’ semua sekali, seolah-olah parti bersalah, atau tidak ada satu pun yang baik dalam Umno, seolah-olah Malaysia ini baru tercipta bila Umno kalah,” katanya.

Tambah beliau, Umno sebagai sebagai parti, memang tidak sempurna begitu juga parti lain
kerana pemimpin, pendokong dari atas ke bawah hanyalah manusia biasa.

“Manusia ini adakalanya bagus, adakalanya tidak, sebab itulah dalam mana-mana (parti) sistem kekal, tapi pemimpin datang dan pergi.

“Samalah macam Umno, apapun kita nak cakap pasal Umno ini.. orang lemparkan perbagai persepsi dan persepktif, ada kata Umno sebagai parti yang korup, itu satu cara merosakkan identiti Umno yang gah.

“.. dan mereka berjaya, akhirnya Umno hilang kuasa pada 2018, tapi tuhan maha adil, dia berikan peluang untuk rakyat merasai apabila semua parti dah rasa menjadi kerajaan.

“Tak tak keterlaluan jika saya kata orang akan rasa merindui zaman kerajaan Barisan Nasional dahulu, biarpun ada kelemahan.

“Ini kerana asas pembinaan negara ini adalah kepelbagaian kaum, asas penting yang kita perlu faham.

“Dari detik kemerdekaan bila Umno bersetuju dalam syarat pembentukan negara iaitu bekerjasama dengan kaum lain, kita sudah melihat ini adalah langkah untuk menuju ke hadapan bagi negara ini,” katanya. – 2 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related