HEADLINES

JKM syor wajibkan setiap pengasuh jalani pemeriksaan kesihatan mental

Menurut Nancy, jabatan itu akan berbincang dengan KDN dan PDRM untuk meneliti cadangan tersebut bagi mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bagi mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak di taska dan pusat jagaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bercadang mewajibkan setiap pengasuh untuk menjalani ujian psikometrik sebelum diberi kelulusan untuk bekerja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, JKM di bawah kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meneliti cadangan tersebut.

“JKM akan berbincang bersama KDN dan PDRM untuk meneroka cadangan mewajibkan saringan tapisan keselamatan terhadap calon yang ingin bekerja sebagai pengasuh.

“Calon pengasuh ini bersama-sama pengusaha taska akan dikehendaki melalui ujian psikometrik, yang akan mengukur tahap kesihatan mental dan kecenderungan minat kerjaya.

“Langkah itu bagi memastikan mereka sesuai untuk mengendalikan kanak-kanak,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai langkah diambil kementerian bagi mengurangkan kes penderaan kanak-kanak yang semakin meningkat dan bantuan yang akan diberi kepada kanak-kanak didera selepas mereka ditemui.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, kementeriannya sedang memperhalusi garis panduan untuk mewajibkan saringan ketat terhadap pengambilan pengasuh taska dan pusat jagaan kanak-kanak, selain memperkemaskan penguatkuasaan dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak pada 1 September lalu.

“Di bawah insiatif ini, usaha menyusun semula penempatan pegawai di setiap daerah untuk pemantauan dan tindakan penguatkuasaan khusus untuk pusat jagaan dan taska saja.

“Buat masa ini, pegawai ditempatkan di 43 daerah dikenal pasti sebagai berisiko akan kita laksanakan tahun ini juga. Langkah lain, kita perketatkan garis panduan pemasangan kemera litar tertutup (CCTV) di taska,” katanya.

Kes penderaan kanak-kanak di bawah jagaan pengasuh semakin meningkat sejak kebelakangan ini dengan terbaharu, seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dipercayai didera pengasuhnya yang berusia 52 tahun di Ipoh, Perak pada Julai lalu. – 19 Oktober,2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Related