HEADLINES

Kes buli MRSM: Polis sudah kenal pasti pelajar terlibat, berlaku tahun lepas

Timbalan Ketua Polis Seberang Perai Selatan berkata, kejadian berpunca dengan hanya bergurau dan ejek-mengejak sesama sendiri, babitkan 7 pelajar termasuk mangsa

6:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejadian buli di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di daerah Seberang Perai Selatan, berlaku pada pertengahan tahun lepas melibatkan tujuh pelajar termasuk mangsa yang berusia 15 tahun.

Menurut Timbalan Ketua Polis Seberang Perai Selatan (SPS), Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, siasatan telah dijalankan termasuk merakamkan keterangan semua yang terlibat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pertengahan tahun lepas membabitkan tujuh pelajar termasuk mangsa yang berusia 15 tahun.

“Semua yang terlibat telah dikenalpasti dan punca kejadian mereka hanya bergurau dan ejek-mengejak sesama sendiri,’’ katanya, lapor Bernama.

Terdahulu tular di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil.

Rakaman video berdurasi 1.31 minit itu turut menunjukkan remaja itu dipukul dengan tali pinggang di bahagian punggung.

Mohd Norazmi juga berkata, tiada laporan dibuat berhubung kejadian tersebut namun pihaknya telah menjalankan siasatan susulan video tular itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelajar-pelajar yang terlibat dalam kejadian buli Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berkenaan mesti digantung persekolahan.

Ini kerana, katanya, ia bagi memastikan pelajar tersebut tidak mengganggu proses siasatan dan memberikan mesej yang jelas bahawa Mara tidak akan berkompromi dengan perbuatan berkenaan.

“Saya sudah menerima hasil siasatan laporan penuh selepas mengarahkan pengurusan Mara dan Bahagian Pendidikan Menengah melakukan siasatan terperinci berhubung video yang tular itu.

“Kalau didapati perkara itu (buli) memang berlaku dan pelaku bersalah kita di peringkat Mara dan MRSM akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan sesekali berkompromi,” katanya dalam video pendek yang dimuatnaik di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Asyraf memberitahu, tindakan tegas akan diambil jika terbukti pelajar yang terlibat dalam kes buli itu adalah pelajar MRSM.

Jelasnya, tiada tempat untuk pembuli atau cuba membudayakan buli dalam apa jua bentuk di MRSM.

“Saya sudah minta pegawai saya siasat segera jika benar peristiwa ini berlaku di MRSM. Jika benar pelajar-pelajar ini adalah pelajar MRSM, tiada kompromi lagi, tindakan tegas pasti akan diambil.

“Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga Mara, “you touch you go!,’’ katanya. – 7 April, 2025

Topics

 

Hangat

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Related