HEADLINES

Kerajaan negeri tak terbabit nilai, siasat insiden Putra Heights, elak tanggapan buruk: Amirudin

Menteri Besar Selangor berkata sehingga kini polis sudah memanggil 118 orang untuk diambil keterangan dan kerajaan negeri memberi ruang seluas-luasnya untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan

7:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri mengelak menjadi pihak yang membuat penilaian dan siasatan insiden letupan paip gas di Putra Heights bagi mengelak sebarang tanggapan buruk termasuk dakwaan cuba melindungi pihak tertentu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sehingga kini polis sudah memanggil 118 orang untuk diambil keterangan dan kerajaan negeri memberi ruang seluas-luasnya untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Sebab itu saya tegaskan bahawa kita kerajaan negeri mengelak daripada untuk menjadi pihak yang cuba membuat penilaian atau terlibat membuat siasatan.

“(Ini) kerana kita faham tentang sensitiviti dan juga tanggapan buruk yang cuba digambarkan, cuba melindungi siapa, cuba untuk membela siapa dan sebab itu kita bagi seluasnya untuk pihak polis untuk memanggil sesiapa juga yang disyaki.

“Sebab ia bukannya hanya melibatkan satu pihak, ia melibatkan pihak kerajaan iaitu majlis bandaraya, pihak kerajaan Persekutuan yang terbabit untuk meluluskan, begitu juga institusi seperti Petronas yang terlibat selaku pemunya kepada paip.

“Kepada kontraktor pembangunan di sebelah (kawasan letupan), kontraktor yang dilantik, calon-calon panel yang dilantik, semua ini saya rasa ada dalam senarai dan pihak polis telah memanggil 118 orang.

“Saya pun tidak diberitahu siapa mereka dan pihak polis akan membuat siasatan dan penilaian,” katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada syarikat melakukan kerja pembangunan berhampiran kawasan letupan sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

Difahamkan sehingga kini tiada sebarang kenyataan langsung daripada syarikat pemaju terbabit susulan insiden letupan paip gas terbabit.

Selain itu beliau berkata, pihak Petronas telah membentangkan beberapa pelan cadangan supaya bekalan gas terutamanya kepada industri dapat dipulihkan dengan sebaik mungkin.

“Jawatankuasa Tetap Pelaburan dan Industri negeri telah bertemu dengan pemain pemain industri hari ini untuk memahami apakah keperluan tambahan.

“Ada laporan awal menyebutkan bahawa menjelang 20 April (bekalan pulih), tapi dalam pertemuan tadi kita dapat lihat ada beberapa perkara yang berbeza, keperluan berbeza dan sebagainya yang perlu dititikberatkan oleh Petronas.

“Demi menjamin kelangsungan penyaluran tenaga di Selangor dan juga memastikan operasi kilang kilang tidak terkesan dan ini akan memberikan satu ruang untuk (operasi) kilang tidak terganggu dengan insiden ini,” katanya. – 9 April, 2025

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

UM scandal: Probe launched over math professor’s nude photo allegations

Nation’s top university faces criticism over handling of sexual harassment claims

Related