HEADLINES

Kecewa tindakan pemaju, kontraktor berdiam diri, penduduk Putra Heights gesa keluar kenyataan

"Bagi saya kenyataan daripada pemilik tanah itu penting, kalau nak nafikan, nafikanlah, tapi kejadian berlaku berhampiran kawasan dibangunkan mereka, jadi mana pemaju, kami ingin tahu, tolonglah munculkan diri," luah Salleh Alrashid

8:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penduduk Putra Heights yang terkesan dengan insiden letupan paip gas berdekatan kediaman meluahkan rasa kecewa berikutan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak pemaju dan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembangunan di kawasan terbabit.

Seorang penduduk, Salleh Alrashid, 48, berkata, pihak yang berkaitan perlu tampil memberi kenyataan bagi mengelak spekulasi berterusan berhubung dakwaan pembabitan mereka dalam insiden berkenaan.

“Sehingga kini tiada langsung kenyataan pihak yang membangunkan kawasan berkenaan, kenyataan awal pun cukuplah.

“Contoh sebagai pemaju, berilah kenyataan pihak mereka masih lagi menjalankan siasatan dan tegaskan segala kerja yang mereka lakukan adalah mengikut spesifikasi.

“Itu sahaja yang kami (penduduk) minta supaya tidak ada pihak-pihak lain yang membuat spekulasi. Kamu pemilik tanah sama ada ceroboh atau tak ceroboh, kena beri kenyataan awal, kemudian untuk finding (siasatan) kemudian biar agensi-agensi yang berkaitan (beri kenyataan).

“Bagi saya kenyataan daripada pemilik tanah itu penting, kalau nak nafikan, nafikanlah, tapi kejadian berlaku berhampiran kawasan dibangunkan mereka, jadi mana pemaju, kami ingin tahu, tolonglah munculkan diri,” katanya hari ini.

Beliau juga berharap agensi yang berkaitan dapat menjalankan siasatan dengan sebaiknya bagi menberi jaminan keselamatan kepada penduduk.

“Kediaman saya sebaris dengan paip saluran gas yang ditanam, jadi kita mengharapkan supaya ada prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kejadian sama tidak berlaku lagi.

“Jiran saya ada yang warga emas dan tinggal sendiri, jika berlaku lagi siapa yang hendak tolong mereka, saluran paip itu 100 meter dari kediaman, jadi adakah ia selamat untuk kami?, soalnya.

Beliau berkata, harga hartanah di kawasan terbabit juga pastinya akan merudum susulan insiden kejadian letupan paip berkenaan.

“Akan datang, turun harga itu pasti, cuma persoalannya siapa yang nak beli hartanah di sini selepas kejadian ini,” katanya.

Terdahulu Polis Selangor menegaskan tiada keperluan untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah berhampiran lokasi kebakaran paip gas bawah tanah di Putra Heights.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan masih dijalankan dan dan tumpuan adalah untuk mengenal pasti sama ada wujud kecuaian atau unsur jenayah.

Sebelum itu beliau turut berkata, siasatan awal polis mengesahkan aktiviti pengorekan tanah dijalankan untuk menggantikan paip-paip kumbahan, kira-kira 30 meter dari pusat letupan di Putra Heights.

Hussein berkata, polis juga mengenalpasti pemaju, kontraktor, subkontraktor dan pekerja yang terlibat dengan aktiviti penggantian paip kumbahan di kawasan itu.

Selasa minggu lalu, kebakaran besar paip gas berlaku di Putra Heights, Selangor pada hari kedua Aidilfitri, menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Kebakaran saluran paip gas Petronas sepanjang 500m yang bermula sekitar jam 8 pagi itu menyebabkan api menjulang tinggi sehingga dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya. – 9 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related