◉ HEADLINES

Isu kebun durian: Ahli Parlimen Raub antara individu akan dipanggil bantu siasatan

Ketua Polis Daerah Raub, Mohd Shahril Abd Rahman berkata Chow juga adalah Penasihat Save Musang King Alliance (SAMKA)

1:29 PM MYT

 

KUANTAN – Polis akan memanggil lima individu termasuk Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui bagi membantu siasatan kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Mohd Shahril Abd Rahman berkata Chow yang juga Penasihat Save Musang King Alliance (SAMKA) akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. 

“Setakat ini tiga laporan polis telah diterima melibatkan operasi itu dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Semalam polis memaklumkan menerima tiga laporan oleh pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), pihak polis dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Mohd Shahril memaklumkan operasi penguatkuasaan di kebun durian akan diteruskan seperti biasa oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini, media melaporkan pekebun didakwa telah bertindak menghalang laluan dengan membawa kain rentang bagi menunjukkan ketidakpuasan hati kerana penguat kuasa memusnahkan tanaman mereka yang berusia puluhan tahun namun keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden.

Kerajaan Pahang juga menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lepas. – 13 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related