HEADLINES

Rakyat Malaysia disyaki rompak kedai emas di Thailand, miliki 10 rekod jenayah lampau: KPN

Lelaki berusia 62 tahun itu turut disahkan mempunyai dua rekod dikehendaki PDRM bagi kes bunuh dan satu lagi kes di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969

4:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan kedai emas di negara itu, Rabu lepas, disahkan memiliki 10 rekod jenayah lampau, termasuk dikehendaki atas dua kes jenayah berat di Malaysia.

Lelaki berusia 62 tahun itu turut disahkan mempunyai dua rekod dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes bunuh dan satu lagi kes di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kertas siasatan membabitkan lelaki itu sedang disemak sebelum proses ektradisi dilakukan, dan siasatan berhubung kesalahan dilakukannya di Thailand, diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.

“Penahanan lelaki itu telah dimaklumkan sebaik sahaja dia ditahan di Bangkok, Thailand atas kesalahan samun bersenjata di Hat Yai.

“Lelaki tersebut masih berada di lokap Hatyai untuk siasatan dan kami akan meneliti lanjut kesalahan yang dilakukannya di negara ini bagi tindakan ekstradisi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Razarudin berkata semakan lanjut mendapati lelaki terbabit tidak tinggal di Malaysia dan turut dikesan menggunakan dokumen palsu untuk bersembunyi di Thailand.

Beliau berkata ketika tangkapan dibuat pihak berkuasa Thailand, lelaki itu dikesan memiliki kad pengenalan Thailand disyaki palsu serta tiada MyKad atau pasport negara ini.

Pada 9 April lepas, polis Thailand mengesahkan seorang lelaki warga emas ditahan di daerah Nonthaburi, Bangkok, Thailand selepas disyaki terlibat dalam kes rompakan kedai emas di Hat Yai, Thailand. – 14 April, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related