HEADLINES

Harga runcit, borong benih padi turun RM2: KPKM

Pihak yang didapati memanipulasi bekalan dan harga seperti enggan menjual, menyorok bekalan dan mengenakan syarat pembelian atau menjual melebihi harga kawalan maksimum ditetapkan boleh dikenakan tindakan

4:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan harga kawalan benih padi bagi peringkat runcit turun RM2 daripada RM58 kepada RM56 untuk satu beg 20 kilogram di Semenanjung berkuat kuasa esok.

KPKM berkata, manakala harga bagi peringkat borong juga turun kepada RM52 berbanding RM54 sebelum ini.

“Penyelarasan harga kawalan maksimum ini dilaksanakan melalui sesi libat urus antara KPKM bersama pesawah dan pengeluar setelah mengambil kira pelbagai faktor antaranya kos pengeluaran dan penyelarasan harga lantai belian padi.

“Langkah itu bagi menjaga kebajikan pesawah agar mampu mendapat benih padi berkualiti tinggi pada harga berpatutan, serta memastikan ketersediaan bekalan berterusan di pasaran untuk keseimbangan ekosistem industri padi dan beras negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu berkata, semua pemborong dan peruncit diarah menyelaras harga benih padi sah di peringkat jualan masing-masing.

“Pihak yang didapati memanipulasi bekalan dan harga seperti enggan menjual, menyorok bekalan dan mengenakan syarat pembelian atau menjual melebihi harga kawalan maksimum ditetapkan boleh dikenakan tindakan pembatalan lesen bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994,” katanya.

Baru-baru ini, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) menggesa kementerian mengeluarkan arahan untuk menurunkan harga benih padi bagi musim 1/2025.

Pengerusi Abdul Rashid Yob berkata, harga kawalan benih semasa adalah RM58 ditetapkan pada Mac 2024 ketika harga padi ditawarkan kilang mencapai RM1,800 satu tan. – 14 April, 2025

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

AFC breaks silence as Vietnam, Indonesia cry foul over Malaysia’s ‘heritage’ recruits 

FAM insists it followed FIFA rules in fielding five heritage players, as AFC confirms no official complaints have been lodged over Malaysia’s Asian Cup qualifiers squad 

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related