HEADLINES

Jenazah Tun Abdullah akan dikebumi di Makam Pahlawan selepas Zohor: KJ

KJ berkata, jam 11 pagi hingga 1 petang esok jenazah Pak Lah akan diletak di dewan solat utama Masjid Negara untuk membolehkan penghormatan terakhir diberi oleh orang awam

9:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dibawa ke Masjid Negara jam 11 pagi esok.

Menantunya, Khairy Jamaluddin memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Pahlawan selepas Zohor.

“Esok jam 11 pagi hingga 1 petang jenazah Pak Lah akan diletak di dewan solat utama Masjid Negara untuk membolehkan penghormatan terakhir diberi oleh orang awam, sesiapa yang hendak memberinpenghormatan terakhir bolehlah datang ke Masjid Negara.

“Untuk mereka yang non-muslim boleh memakai baju bersesuaian untuk masuk ke Masjid Negara. Selepas Zohor akan diadakan solat jenazah dan seleas itu jenazah akan dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), tadi abang ipar saya sempat membincangkan perkara ini bersama beliau yang mengesahkn dan memberi kebenaran jenazah dikebumi di Makam Pahlaman,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia pada usia 86 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Khairy dalam hantaran menerusi laman sosial yang memaklumkan bahawa Allahyarham yang juga dikenali dengan panggilan ‘Pak Lah’, menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam.

Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman serta beramal soleh,” katanya. – 14 April, 2025.

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related