◉ HEADLINES

‘Saya terkejut podcast undang Hot Daddy, usah tagih populariti hingga mungkar dinormalisasi’: Na’im

Beliau menyeru supaya semua pihak, termasuk pempengaruh media sosial bertanggungjawab kepada agama dan negara

4:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial diingatkan tidak mencipta kandungan sensasi sehingga sanggup menormalisasikan perkara maksiat dan mungkar kerana menagih populariti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, semua pihak, terutama pempengaruh media sosial diajak untuk bertanggungjawab kepada agama dan negara.

Katanya, beliau sangat terkejut dengan laporan berita berhubung tindakan sebuah program podcast mengundang seorang individu yang sedang dibicarakan di mahkamah berkaitan aktiviti persundalan, dikenali Hot Daddy sebagai tetamu dalam rakaman itu.

“Amat jelas aktiviti persundalan adalah satu perlakuan jijik di sisi agama. Usahlah kerana menagih populariti dengan mencipta sensasi sehingga sanggup menormalisasikan perkara maksiat dan mungkar.

“Justeru, saya mengajak semua pihak, terutamanya pempengaruh media untuk bertanggungjawab kepada agama dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, semua pihak perlu sentiasa memberikan contoh dan akhlak baik kepada masyarakat, agar segala perbuatan baik yang diikuti akan mendapat pahala berpanjangan.

“Pada masa sama kita membina generasi yang menjunjung tinggi nilai agama dan akhlak.

Na’im berkata, seperti sabda Nabi Muhammad SAW dalam Riwayat al-Tirmizi, ‘seorang mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya’.

“Sedangkan orang fajir (derhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya,” katanya,

Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengajak semua pihak, terutama pempengaruh media sosial untuk bertanggungjawab kepada agama dan negara. – Alif Omar/Scoop, 6 Februari, 2024

Terdahulu, sebuah pengendali laman web penstriman menjemput Hot Daddy ke podcast dianjurkannya, sekali gus mencetuskan ketidakpuasan hati ramai, dan dianggap mengecewakan kerana ia dianggap satu daripada cara boleh mempromosikan serta menormalisasikan persundalan.

Netizen mempersoalkan kenapa pengendali rancangan itu perlu menjemput Hot Daddy atau nama sebenarnya, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mempromosi persundalan dengan ramai wanita lain, selain mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Malah, tindakan menjemput Hot Daddy itu didakwa seolah-olah menyokong dan mempromosikan apa dilakukan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, penganjur podcast itu mempertahankan tindakan mereka, dengan mengatakan rakaman berkenaan berkonsepkan realiti kehidupan, tetapi hakikatnya mereka akan terus menentang pihak melakukan perkara tidak bermoral.

Semalam, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor turut dilapor melahirkan kekesalannya terhadap tindakan pengendali podcast itu menjemput Hot Daddy.

Katanya, tindakan itu amat mengecewakan dan boleh dianggap sebagai satu cara mempromosikan serta menormalisasikan persundalan.

Wan Salim berkata, pihaknya bimbang tindakan itu akan mempengaruhi remaja dan berisiko meruntuhkan akhlak mereka.

“Sekiranya keadaan itu tidak dikekang atau dicegah ia akan mempengaruhi golongan remaja, sekali gus membawa kepada jurang keruntuhan akhlak,” katanya. – 6 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related