◉ HEADLINES

Wan Saiful minta pandangan awam mengenai kawal selia vape

Ramai ibu bapa menyuarakan kebimbangan tiada kawalan berkesan terhadap bahan kimia dalam cecair vape

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengajak orang ramai untuk memberikan pandangan mengenai kawalan kandungan vape di negara ini yang akan diangkatnya dalam sidang Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, ini kerana ramai ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan mereka disebabkan hari ini tiada kawalan berkesan terhadap bahan kimia yang dimasukkan dalam cecair vape.

Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, isu vape adalah isu nasional dan beliau meminta semua pihak menulis pandangan mengenainya. – Gambar Alif Omar/Scoop, 8 Februari, 2024

“Setakat yang saya tahu, undang-undang yang baru diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat lalu tidak mempunyai mekanisme jelas untuk mengawal kandungan vape.

“Saya berpandangan bahawa oleh kerana penjualan vape tidak diharamkan oleh kerajaan, maka adalah amat penting kandungannya dikawal selia agar tidak ada bahan berbahaya digunakan.

“Saya perlukan bantuan maklumat daripada semua. Memandangkan kerajaan tidak mengharamkan vape, apa cadangan anda untuk mengawal selia penggunaannya?” soal beliau dalam hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

Wan Saiful berkata, isu vape adalah isu nasional dan beliau meminta semua pihak menulis pandangan mengenainya.

“Anda ada anak yang hisap vape? Anda guru yang ada pelajar hisap vape? Anda pengusaha vape? Atau anda sendiri hisap vape? Saya nak minta komen anda.

“Saya sedang cuba kumpulkan pandangan awam mengenai kawalan kandungan vape di Malaysia. Maklum balas daripada anda semua amat penting sebagai persediaan untuk sidang Dewan Rakyat tidak lama lagi. Setujukah bahawa kandungan vape perlu dikawal oleh kerajaan?

“Adakah anda bimbang mengenai kandungan nikotin dalam vape dan bahan apa lagi yang perlu dikawal? Memandangkan kerajaan tidak mengharamkan vape, apa cadangan anda untuk mengawal selia penggunaannya? Mohon kongsi posting ini (di Facebook) dengan rakan-rakan dan tuliskan pandangan anda di ruang komen atau boleh juga mesej terus kepada saya,” katanya. – 8 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related