HEADLINES

Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa bumi 7.1 magnitud landa Kyushu

Kerajaan Jepun mengeluarkan amaran kecemasan bagi wilayah Kumamoto, Nagasaki, Kagoshima, Fukuoka, Saga, Oita dan Miyazaki, yang semuanya terletak di pulau Kyushu di selatan negara itu.

5:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Wilayah Kumamoto di selatan Jepun pada Selasa, menyebabkan bekalan elektrik ke puluhan ribu kediaman terputus selain mencetuskan amaran tsunami dan gegaran susulan.

Memetik laporan Reuters, syarikat termasuk Sony dan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), pengeluar cip kontrak terbesar dunia, mempunyai kilang di kawasan yang terjejas akibat gempa itu.

Jurucakap Sony berkata syarikat itu sedang menilai keadaan, manakala TSMC belum memberikan sebarang maklum balas mengenai bencana tersebut.

Berikutan itu juga, kerajaan Jepun mengeluarkan amaran kecemasan bagi wilayah Kumamoto, Nagasaki, Kagoshima, Fukuoka, Saga, Oita dan Miyazaki, yang semuanya terletak di pulau Kyushu di selatan negara itu.

Agensi Meteorologi Jepun turut mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa tersebut, dengan ombak setinggi 1 meter dijangka melanda kawasan pantai.

Jepun merupakan antara negara yang paling kerap dilanda gempa bumi di dunia, dengan gegaran direkodkan sekurang-kurangnya setiap lima minit.

Terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik (Ring of Fire) yang dikelilingi gunung berapi di sekitar Lembangan Pasifik, Jepun menyumbang kira-kira 20 peratus daripada gempa bumi dunia yang berukuran magnitud 6.0 dan ke atas.

Gempa bumi besar yang melanda Kumamoto 10 tahun lalu mengorbankan 275 orang dan mencederakan 2,739 orang, menurut angka rasmi.

Kyushu Electric Power memaklumkan kira-kira 40,000 kediaman terputus bekalan elektrik akibat gempa itu, manakala syarikat kereta api JR Kyushu menggantung semua perkhidmatan, termasuk kereta api berkelajuan tinggi Shinkansen.

Pihak Autoriti Kawal Selia Nuklear Jepun berkata tiada sebarang keadaan luar biasa dilaporkan di stesen jana kuasa nuklear di kawasan yang terjejas. – 28 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related