HEADLINES

TikTok setuju pantau, ambil tindakan berhubung kandungan sensitif, isu 3R: Fahmi

Ia selaras komitmen KKD dan kerajaan untuk pertahan hak rakyat Malaysia bebas bersuara, tetapi tanpa menyentuh isu ancam ketenteraman, keselamatan awam

7:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – TikTok bersetuju memberikan komitman penuh untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap kandungan media sosial yang melanggar undang-undang negara, termasuk membabitkan isu 3R, iaitu agama, raja dan kaum.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihak terbabit juga akan memberi tumpuan terhadap isu yang mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.

“KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital) dan kerajaan mempertahan hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara. Bagaimanapun, kandungan media sosial yang melanggar undang-undang Malaysia tidak boleh dibenarkan, termasuk menyentuh isu 3R atau mengancam ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, pagi ini, beliau memanggil wakil TikTok untuk hadir ke mesyuarat turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf; Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Manoj Kurup dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Salim Fateh Din.

Jelasnya, menerusi perbincangan itu, TikTok bersetuju membuat pemantauan dan mengambil tindakan terbabit dengan lebih efisien, selaras Garis Panduan Komuniti Tiktok.

Fahmi berkata, pada mesyuarat sama, beliau membangkitkan isu perbelanjaan pengiklanan yang kini dikaut syarikat gergasi teknologi antarabangsa.

“Saya akan bantu memastikan industri media kekal mampan, termasuk dengan merancakkan perbincangan di antara kerajaan, industri media dan platform media sosial,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua pihak, termasuk parti politik agar tidak menyentuh isu sensitif, terutama aspek 3R kerana ia adalah isu sensitif yang boleh mendatangkan ketidakharmonian kepada masyarakat di negara ini.

Menurutnya, sekiranya terdapat mana-mana pihak didapati menyentuh aspek 3R, pihak polis akan bertindak menggunakan Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kepada pelaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, kerajaan memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak yang memainkan sentimen isu 3R sehingga melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan.

Katanya, tindakan itu mengatasi kepentingan mana-mana pihak dan melibatkan soal keselamatan negara. – 28 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related