◉ HEADLINES

Keputusan SPM 2024 diumumkan Khamis depan

Seramai 402,956 calon menduduki SPM 2024 di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara

2:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumumkan pada Khamis, 24 April ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya memberitahu, seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut yang dilaksanakan di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut KPM, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah bermula 10 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Pihak sekolah perlu memastikan proses penyerahan keputusan peperiksaan dilaksanakan secara cekap dan teratur bagi memastikan kelancaran urusan penyampaian keputusan kepada calon,” katanya.

Sementara bagi calon sekolah dan calon persendirian, mereka boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian menerusi laman sesawang myresultspm.moe.gov.my mulai 10 pagi pada 24 April sehingga 6 petang pada 30 April 2025.

“Semakan juga boleh dibuat menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM, diikuti nombor kad pengenalan dan angka giliran, kemudian dihantar ke 15888 dalam tempoh yang sama,” kata kenyataan itu. – 17 April, 2025.

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

MCMC welcomes Budget 2026’s digital focus, vows inclusive nationwide connectivity

Commission says multi-billion ringgit projects will boost rural access, AI development, and national data sovereignty

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related