HEADLINES

Selangor teliti keperluan haramkan penjualan vape: MB

Amirudin Shari berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin dan Jabatan Kesihatan Negeri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat

9:23 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor sedia meneliti keperluan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini sebagaimana saranan dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay semalam. 

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin dan Jabatan Kesihatan Negeri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat. 

“Perkara ini bergantung kepada peraturan Persekutuan, kita akan dapat laksanakan cuma saya lihat ia perlu perbincangan bersama pihak yang berkaitan (dan) kalau ada keperluan kita laksanakan…saya perlu dapatkan keseluruhan fakta dan pandangan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ehsan Raya Meriah Lain Macam Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Wisma PKPS di sini hari ini. 

Semalam, Ayob Khan dilaporkan berkata kerajaan negeri boleh mengambil tindakan mengharamkan penjualan vape yang kini menjurus kepada penyalahgunaan dadah sintetik baharu.

 Dalam pada itu, Amirudin yang juga Penaung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor berkata peratusan mereka yang terlibat dengan gejala penagihan dadah di Selangor adalah rendah jika dibandingkan dengan negeri lain. 

“Yang kadang-kadang diuar-uarkan itu adalah data keseluruhan, itu wajar kerana Selangor populasinya tujuh juta, Kelantan mungkin tak sampai dua juta tapi kita kena lihat data yang per 100,000 itu lebih tepat untuk lihat gejala penagihan dadah ini berlaku,” katanya. – 18 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related