Mimbar: Pegang teguh dasar akidah, ia kunci penyatuan ummah

Walaupun berbeza pandangan dalam pelbagai isu, namun selagi perbezaan itu tidak melanggar batas akidah dan syariat, seharusya umat Islam kekal bersatu serta bersaudara

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cabaran terbesar umat Islam hari ini di seluruh dunia tidak terkecuali Malaysia adalah berhadapan dengan isu perpecahan ummah.

Teks khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini mengajak umat Islam berfikir sejenak, mengapakah umat Islam masa kini amat sukar untuk bersatu?

“Apakah yang menjadi batu penghalang ke arah kesatuan umat Islam? Sedangkan kita beriman dengan Allah yang satu dan berpegang kepada agama Islam yang satu.

“Seruan penyatuan ummah ini Allah SWT nyatakan di dalam Surah Al-Mukminun ayat 52. Ayat ini cukup jelas untuk umat Islam memahami betapa pentingnya berpegang teguh kepada dasar akidah Islam sebagai kunci penyatuan.

“Walaupun berbeza pandangan dalam pelbagai isu, namun selagi perbezaan itu tidak melanggar batas akidah dan syariat, seharusya umat Islam kekal bersatu serta bersaudara,” kata mimbar menerusi khutbah bertajuk ‘Binalah Kasih Sayang Dengan Ukhuwah’.

Menurut teks khutbah, dalam peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan sahabat ke Yathrib (Madinah), antara perkara terawal yang baginda lakukan ialah menyatukan umat Islam dengan ikatan kasih sayang serta persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin.

“Dalam peristiwa ini bagaimanakah baginda boleh menyatukan hati kedua-dua kaum ini? Apakah rahsia yang baginda lakukan sehingga kaum Ansar dan Muhajirin boleh bersatu walaupun mereka datang dari latar belakang kaum berbeza?

“Antara nasihat Nabi SAW untuk membina ukhuwah dan melahirkan rasa kasih sesama muslim ialah hendaklah bersikap ramah dengan memberi salam, sentiasa bertegur-sapa dan bertanya khabar sesama kita, agar ikatan ukhuwah sentiasa terjalin dan berterusan,” katanya.

Pada masa sama, teks itu memaklumkan, pembinaan ukhuwah dan kasih sayang boleh dicapai apabila kita berlapang dada untuk sentiasa memaafkan saudara se-Islam kita.

“Bersegeralah memberi pertolongan dan bantuan kepada yang memerlukan pada bila-bila masa, terutama orang yang mempunyai hubungan persaudaraan paling dekat dengan kita.

“Menjadikan masjid sebagai nadi penyatuan ummah amat penting untuk melahirkan masyarakat bersatu-padu,” katanya.

Teks khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bertajuk ‘Iman Benteng Dajal’ pula mengingatkan umat Islam bahawa antara tanda besar kiamat ialah munculnya dajal. – Azim Rahman/Scoop, 12 Januari, 2024

Sementara itu, teks khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk ‘Iman Benteng Dajal’ mengingatkan sidang jemaah bahawa antara tanda besar kiamat ialah munculnya dajal.

“Sebagai orang yang beriman, kita wajib mengimani perkara ini. Siapa dajal dan bagaimana untuk kita mengenalinya?

“Persoalan ini telah pun dijawab Baginda Rasulullah SAW dalam beberapa hadis dan ulama merumuskan daripada hadis berkenaan, mengenai sifat serta ciri jelas dajal yang perlu dikenali bagi menghindari fitnahnya yang paling besar di muka bumi ini.

“Dajal akan berada di muka bumi selama 40 hari. Ada pendapat mengatakan bahawa sehari keberadaannya seperti setahun, ada kata sehari seperti sebulan, sehari seperti seminggu dan ada mengatakan sehari seperti hari-hari biasa,” katanya.

Menurut teks khutbah itu, fitnah dajal adalah fitnah paling besar sejak Allah SWT menciptakan Nabi Adam hingga hari kiamat.

“Dajal akan mengelirukan manusia dengan membawa dua sungai yang mengalir, satu daripadanya terlihat air putih dan satu lagi, terlihat api menyala-nyala. Apabila seseorang mendapati hal itu, hendaklah dia masuk ke sungai yang tampak api, pejamkan mata, tundukkan kepala, minumlah! Itu ialah air yang sejuk.

“Dajal mengaku sebagai tuhan, menyuruh hujan untuk turun, lalu turun, menyuruh bumi untuk menumbuhkan tanaman, lalu tumbuh tanaman, menghidupkan orang mati dan yang lain-lain lagi sebagai fitnah (ujian) bagi kaum Muslimin,” kata teks itu. – 12 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related