HEADLINES

Sistem kemasukan ke MRSM, SBP akan diselaras mulai Januari tahun depan: Zahid

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemohon masih boleh memohon kedua-dua institusi pendidikan tersebut, namun mereka hanya akan menerima satu tawaran sahaja bagi mengela pertindihan

9:37 PM MYT

 

LENGGONG – Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai pengambilan Januari tahun hadapan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pemohon masih boleh memohon ke kedua-dua institusi pendidikan tersebut, namun selepas ini mereka hanya akan menerima satu tawaran sahaja bagi mengelakkan pertindihan.

“Pada masa ini, pemohon mungkin menerima dua tawaran, khususnya pelajar yang memohon ke MRSM dan SBP.

“Apa yang berlaku, MRSM akan mengeluarkan surat tawaran terlebih dahulu, tetapi apabila mereka menerima tawaran kedua (SBP), mereka cenderung untuk beralih ke sekolah berasrama penuh. Oleh itu, saya mencadangkan agar dilakukan penyelarasan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Wacana Aspirasi bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di MRSM Lenggong, di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Ahmad Zahid berkata beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi memastikan sekolah berasrama termasuk MRSM memberikan tumpuan kepada pendidikan STEM. 

“Ini kerana kita mahu melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan serta bidang-bidang profesional lain sebagai persediaan ke arah menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan maju,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa tiada ruang untuk sebarang perlakuan buli di MRSM, dan mana-mana pelajar yang terbukti terlibat dalam jenayah tersebut akan dikenakan tindakan buang sekolah.

“Saya sama sekali tidak bertolak ansur terhadap perlakuan buli di MRSM, dan saya amat bersetuju dengan tagline Pengerusi MARA, ‘you touch, you go’.

“Kita mahu 100 peratus pelajar MRSM memiliki akhlak, budi pekerti dan sahsiah terpuji, bukan hanya cemerlang dari segi akademik,” tegasnya. – 20 April, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related