◉ HEADLINES

PRK Ayer Kuning: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula

Setakat 4 petang, peratusan keluar mengundi adalah 54% dengan hanya satu pusat ditutup awal

7:07 PM MYT

 

TAPAH – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berakhir selepas kesemua 19 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi, ditutup secara rasmi.

Sebanyak 18 pusat pengundian ditutup pada 6 petang ini, kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 63 saluran akan dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Merdeka, di sini.

Keputusan rasmi PRK berkenaan dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seawal 9 malam.

Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi berdaftar bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Setakat 4 petang, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 54%.

Pada Selasa lepas, sebanyak 93.4% daripada 500 anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawab di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS. – 26 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related