◉ HEADLINES

Had pembelian beras putih tempatan 10kg dinaikkan dari dua kepada 5 kampit

Lebih 3 juta kampit beras putih tempatan 10kg telah diagihkan kepada 47,000 premis runcit berdaftar sehingga pertengahan April

1:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Had pembelian beras putih tempatan 10kg telah dinaikkan kepada lima kampit bagi setiap transaksi, berbanding dua kampit sebelum ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah berkenaan dibuat selepas bekalan beras putih tempatan kembali stabil hasil pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, sebanyak 3.16 juta kampit beras putih tempatan 10kg itu telah diagihkan melalui lebih 47,000 premis runcit berdaftar sehingga pertengahan bulan ini.

‘Beras putih tempatan boleh beli lebih daripada dua kampit, cuma tak boleh lebih daripada lima kampit,’’ katanya ketika berucap pada Perhimpunan ada Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPKM 2025, di Serdang, hari ini.

Mohamad memberitahu, negeri-negeri seperti Selangor, Perak dan Johor mencatatkan angka pengedaran tertinggi.

“ Inisiatif ini merupakan antara usaha utama kementerian untuk sentiasa memastikan bekalan beras negara terpelihara,” katanya. – 28 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related