HEADLINES

284 jemaah kumpulan pertama haji berlepas ke Tanah Suci

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas menerusi syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines disediakan untuk membawa 31,600 jemaah haji ke Tanah Suci bagi musim ini

10:25 AM MYT

 

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci awal pagi ini, menandakan bermulanya musim haji bagi tahun ini.

Kumpulan pertama itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4.05 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 7.50 pagi waktu tempatan (Arab Saudi), hari yang sama.

Mereka terdiri daripada jemaah yang berlepas dari stesen Alor Setar di Kedah dan Sepang di Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sebanyak 100 penerbangan sewa khas menerusi syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines disediakan untuk membawa 31,600 jemaah haji ke Tanah Suci bagi musim ini.

“TH telah mula menghantar petugas haji ke Arab Saudi seawal 24 April lepas untuk membuat persediaan awal bagi menyambut ketibaan para tetamu Allah,” katanya ketika menghadiri Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1446H/2025M.

Mohd Na’im berkata lapan stesen berlepas negeri akan digunakan untuk urusan melapor diri jemaah iaitu di Sepang (Selangor), Alor Setar (Kedah), Kota Bharu (Kelantan), Kuala Terengganu (Terengganu), Bayan Lepas (Pulau Pinang), Senai (Johor), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Beliau turut menasihati para jemaah agar memanfaatkan peluang berharga sebagai dhuyufurrahman (tetamu Allah) dengan mengikhlaskan niat, tidak membiarkan masa berlalu dengan sia-sia serta memperbanyak amal ibadat sepanjang berada di Tanah Suci.

“Saya ingin mengingatkan semua jemaah haji Malaysia musim ini untuk mengekalkan tradisi dan imej baik negara di mata dunia.

“Semua jemaah haji perlulah mematuhi dan menghormati peraturan serta undang-undang Kerajaan Arab Saudi dengan mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang tuan rumah,” katanya.

Mohd Na’im bersama Pengerusi Lembaga TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan barisan pengurusan TH turut hadir meraikan pelepasan kumpulan pertama bakal haji di KLIA pagi ini. – 29 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related