HEADLINES

Malaysia berhasrat teruskan keanggotaan ahli Majlis International Telecommunication Union: Fahmi

Malaysia memainkan peranan dalam menentukan hala tuju dasar strategik ITU, mengawasi pelaksanaan keputusan yang dibuat semasa persidangan serta mewakili kepentingan rantau Asia dan negara membangun dalam bidang telekomunikasi dan infrastruktur digital, kata Fahmi

1:25 PM MYT

 

TOKYO – Malaysia berhasrat untuk meneruskan keanggotaan sebagai Ahli Majlis dalam International Telecommunication Union (ITU) bagi sesi 2027-2030, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata sehubungan dengan itu, Malaysia berharap akan memperoleh sokongan daripada beberapa negara rantau Asia Pasifik, menerusi pertemuan dua hala yang diadakan sempena Mesyuarat Menteri Asia Pacific Telecommunity (APT-MM) 2025, yang sedang berlangsung di sini.

“Sebagai Ahli Majlis, Malaysia memainkan peranan dalam menentukan hala tuju dasar strategik ITU, mengawasi pelaksanaan keputusan yang dibuat semasa persidangan serta mewakili kepentingan rantau Asia dan negara membangun dalam bidang telekomunikasi dan infrastruktur digital,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan perbincangan dua hala bersama ITU yang diwakili Pengarah Biro Pembangunan Telekomunikasi ITU Dr Cosmas Luckyson Zavazava.

Perbincangan dua hala turut diadakan bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun  Murakami Seiichiro dan Naib Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Yunming Zhang.

“Mesyuarat ini mempunyai hasil yang cukup baik. Kita telah tegaskan usaha Malaysia dalam memastikan rangkaian Internet bukan hanya meluas tapi lebih selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata pihak ITU telah mengusulkan jemputan untuk Malaysia menghadiri  beberapa sidang kemuncak yang dikelolakan oleh pihak ITU. 

“Pertama di Riyadh, Arab Saudi sekitar awal September dan kedua di Baku, Azerbaijan pada November,” katanya.

Bertemakan Harnessing Emerging Technologies for Sustainable, Inclusive and Equitable Digital Transformation in the Asia-Pacific, APT-MM 2025 bermula 30 hingga 31 Mei menghimpunkan 31 negara anggota serta 19 ahli gabungan terdiri daripada pihak kerajaan, pengawal selia dan agensi swasta dari rantau Asia-Pasifik. – 31 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

[UPDATED]Batu Caves escalator bid rejected due to application technicality, says S’gor exco

The application was made under the name of a private individual, says V.Papparaidu

Related