Alang-alang dah bebaskan Zahid, bebaskan sajalah Najib, dia ada nilai tambah kepada PH-BN

Khairy turut yakin Najib akan dibebaskan sama ada tahun ini atau tahun hadapan

11:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan untuk mempertimbangkan pembebasan Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

Menurutnya, tindakan sama perlu dilakukan terhadap Najib selepas Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNNA) Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

“Nasihat saya kepada kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN), alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

“Maksudnya alang-alang dah bebaskan Zahid, bebaskan sajalah Najib. Sekurang-kurangnya dia ada nilai tambah kepada PH-BN untuk kekang gelombang hijau. Apa yang Zahid boleh buat, dia tidak ada nilai tambah pun,” katanya menerusi siaran podcast Keluar Sekejap, hari ini.

Susulan DNAA Zahid, Khairy turut yakin Najib yang juga mantan Perdana Menteri akan dibebaskan sama ada tahun ini atau tahun hadapan.

“Dah dengar cakap-cakap dalam Umno, harapkan pegar, pegar makan padi. Sebab bila kita bercakap mengenai perjanjian sulit, mestilah sebahagian ke arah pembebasan Bossku, Bossku sokong Zahid, beri restu dan sokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Bila dah nampak member (Zahid) seronok dah, aku masih tersungkur dalam penjara apa cerita. Jadi sama ada tahun ini atau tahun depan saya pasti Bossku tidak akan menjalani hukuman sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan yakin Zahid tidak akan dituduh semula di mahkamah.

Beliau berpendapat, apa yang berlaku kepada Timbalan Perdana Menteri itu disifatkan sebagai tindakan ‘kitchen sink’ oleh Kerajaan Perpaduan (bermaksud benda buruk dilepaskan awal dan berharap akan pulih kemudian).

“Saya rasa kasihan kepada Perdana Menteri. Semalam ulang tahun ke-25 Reformasi, tapi semalam di ‘batu nisankan reformati’.

“Kalau dalam istilah korporat ini ‘kitchen sinking’. Saya berpendapat mungkin dalam perkiraan Perdana Menteri, dalam tiga atau empat tahun lagi orang akan lupa dah, akan ada isu baharu atau skandal baharu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keputusan untuk menghentikan prosiding adalah kuasa mutlak Peguam Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Soalnya di sini sama ada Peguam Negara dapat arahan ataupun tidak? Tapi kita tak boleh buat tuduhan.

“Namun kita bukan lahir semalam, saya rasa dia (Ahmad Zahid) tidak akan dituduh semula untuk kes ini,” katanya.

Pada Isnin lalu, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.

Bagaimanapun, peguam bela Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon supaya Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan kerana ia tidak adil kepada anak guamnya berikutan tuduhan ke atasnya ‘tergantung’ tanpa ada kepastian.

Katanya, oleh kerana pendakwaan sudah memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Ahmad Zahid, anak guamnya dengan itu hendaklah dibebaskan oleh mahkamah. – 6 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Two lawyers, their client get seven days jail for contempt of court after submitting false evidence

The sessions court here today sentenced two lawyers and their client to seven days in jail for contempt of court after filing an unsigned witness statement for a civil suit trial in 2020. 

Related