HEADLINES

PM beri jaminan isu pekerja gig ditangani segera, RUU dibentang pada sidang Parlimen akan datang 

Perdana Menteri berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Rakyat akan datang.

1:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan segala isu dan kebajikan berkaitan pekerja gig akan ditangani segera menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig.

Perdana Menteri berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Rakyat akan datang.

“Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya melibatkan aspek perlindungan kumpulan pekerja berkenaan,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini, lapor Bernama.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Turut serta, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, barisan Menteri Kabinet, ketua setiausaha kementerian serta ketua-ketua agensi.

Terdahulu dalam ucapannya, Sim menyeru semua pihak untuk memberi sokongan kepada kerajaan dalam meluluskan RUU terbabit.

“Saya ingin menyeru kepada semua pihak, jangan menghalang kerajaan membela nasib pekerja gig. Berilah sokongan kepada kerajaan untuk membentangkan RUU Pekerja Gig demi membela nasib pekerja gig kita,” katanya.

Tambahnya, buat kali pertama dalam sejarah upah penengah bulanan rakyat sudah melepasi nilai ambang RM3,000, meningkat daripada RM2,700 kepada RM3,045 sebulan.

Sim berkata, RUU pekerja Gig diusahakan kerana kerajaan mendengar keluhan kelompok pekerja itu yang sudah bertahun-tahun diberi janji manis.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Kementerian Sumber Manusian (KESUMA) akan menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja bagi memudahkan mereka mendapatkan perkhidmatan berkaitan isu perburuhan dengan meletakkan urusan beberapa jabatan serta agensi kementerian di bawah satu bumbung.

Jelasnya projek perintis itu akan melibatkan tiga pusat sehenti di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bahru.

Sambutan yang bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa” tahun ini dihadiri lebih 10,000 warga kerja pelbagai sektor daripada agensi awam dan swasta. – 1 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related