RAMAI yang tanya kenapa MCMC siasat Aliff Ahmad lepas dia buat posting nak “scrut” Nurul Izzah. Katanya itu hak rakyat nak tanya. Betul. Tapi kita kena faham, ada beza antara bertanya dengan membayangkan sesuatu yang belum tentu sah, apatah lagi bila buat secara terbuka dan beramai-ramai.
Isu Nurul Izzah BUKAN Kes 3R
MCMC tak siasat Aliff bawah alasan 3R (kaum, agama, raja) untuk kes Nurul Izzah ni. Isu 3R memang ada dalam siasatan lain, tapi BUKAN yang ini. Jangan campur aduk.
Apa masalah dengan posting tu?
Aliff buat posting kata kalau dapat 20,000 share, dia akan dedahkan dari mana Nurul Izzah dapat duit, apa bisnes dia, dll.
Benda ni boleh dianggap macam ugutan halus: “kalau ramai cukup share, aku akan buka aib dia.”
Bukankah Nurul Izzah tu public figure, patut boleh disoal?
Boleh. Tapi kalau nak soal, soal dengan adab.
Kalau ada bukti, buat laporan.
Tapi kalau kau bawa ke media sosial, tanpa bukti, dengan gaya provokatif; itu dah masuk kategori gangguan atau cuba jatuhkan reputasi.
Kalau salah, biarlah agensi macam SPRM siasat.
Jangan ajak orang ramai share posting supaya tekanan makin tinggi. Itu bukan soal siasat, itu public shaming.
Kenapa MCMC pakai Seksyen 233?
Sebab undang-undang ni larang orang guna internet untuk ganggu, aib, ugut atau sebarkan benda jelik (yang menyakitkan hati).
Posting tu boleh jadi ada unsur “mengganggu” atau “jelik” kalau cara dia macam nak burukkan seseorang tanpa asas kukuh.
Tapi Aliff dah buat akuan sumpah (SD) kata dia bertanggungjawab. Tak cukup ke?
Tak cukup. SD cuma pengakuan, bukan bukti penuh.
Pihak berkuasa kena cari bukti lain contohnya mesej, sumber info dan konteks penuh.
Macam kes lain juga, tak cukup kau kata “aku buat”, polis tetap kena siasat sebelum dakwa.
Ini bukan pasal politik. Ini pasal tanggungjawab.
Kita semua ada hak bersuara. Tapi hak tu datang dengan tanggungjawab.
Kalau cara kita bersuara tu boleh jejaskan orang lain tanpa bukti, atau sekadar nak naikkan engagement, maka pihak berkuasa memang ada hak nak siasat.
MCMC tak boleh tunggu benda dah meletup baru nak bertindak.
Akhir kata,
– Posting Nurul Izzah bukan isu 3R.
– MCMC siasat sebab nada dan gaya posting tu mungkin langgar Seksyen 233.
– SD bukan tiket lepas – siasatan tetap jalan.
– Tanya boleh, tapi tanya elok-elok.
– Nak tegur, tegur. Tapi jangan provoke untuk content.
Jangan salah guna kebebasan bersuara untuk burukkan orang sesuka hati.
Penulis, Muhammad Aidil Akmal Sharidan adalah seorang peguam dan perkongsiannya adalah sekadar pandangan dari sudut undang-undang
