HEADLINES

PAS kecewa tiada usaha percepat rombakan struktur kepimpinan PN, ‘semua kena tunggu ‘restu’ Muhyiddin’

“There’s no urgency (tiada usaha mempercepat), there is no seriousness (tiada keseriusan) seolah-olah hendak mengelak daripada perbincangan sebenar berlaku," kata sumber

8:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketegangan dalaman gabungan Perikatan Nasional (PN) semakin memuncak apabila PAS menyuarakan kekecewaan terhadap kelewatan dan ketidaksediaan Bersatu dalam melaksanakan rombakan struktur kepimpinan dalam gabungan seperti yang telah dipersetujui secara prinsip.

Menurut sumber dalaman gabungan, PAS telah beberapa kali mengusulkan pembaharuan struktur PN, termasuk melalui pertemuan empat mata antara Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

“PAS dah hantar dan berjumpa menerusi perjumpaan tertutup, empat mata antara Presiden PAS dan Presiden Bersatu, tapi tak jalan.

“Presiden PAS dah utus surat, tak jalan, panggil untuk mesyuarat, susah, Presiden Bersatu keluar seminggu ke Australia.

“There’s no urgency (tiada usaha mempercepat), there is no seriousness (tiada keseriusan) seolah-olah hendak mengelak daripada perbincangan sebenar berlaku.

“Ini yang menjengkelkan PAS sehingga perlu membuat kenyataan dan teguran secara terbuka di luar, sebab secara dalaman dah tak jalan.

“Apa pun demand (permintaan) dikemukakan PAS, yang penting adalah berbincang, (tapi) nak mesyuarat pun tak boleh, macam mana nak dengar (cadangan dan pandangan). Ini adalah kegagalan kepimpinan,” katanya kepada Scoop hari ini.

Terdahulu, PN dijangka melaksanakan dengan rombakan struktur kepimpinannya selepas gabungan itu berserutuju menubuhkan jawatankuasa bagi menilai penambahbaikan organisasi.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata langkah menambah baik struktur parti berkenaan bakal dilaksanakan secara menyeluruh.

“Kita (PAS) ada cadangan beberapa penambahbaikan kepada PN secara keseluruhannya.

“Majlis tertinggi (PN) bersetuju tubuhkan jawatankuasa untuk menilai kembali,” kata Tuan Ibrahim awal bulan lalu.

Menurut sumber lagi, PAS dikatakan mencadangkan penubuhan dua entiti penting dalam gabungan: Majlis Eksekutif PN dan Majlis Penasihat PN.

“Dalam cadangan itu, Presiden parti-parti utama kekal di hierarki tertinggi, manakala Majlis Eksekutif dipengerusikan secara bersama (co-chair) oleh timbalan presiden kedua-dua parti — PAS dan Bersatu.

“Fungsi Majlis Eksekutif ini adalah melaksanakan segala keputusan yang dibincang dan diputuskan dalam Majlis Penasihat — termasuk strategi kempen, forum, gerak kerja akar umbi, dan pertemuan dengan pengundi.

“Namun, kegagalan kepimpinan untuk segera menggerakkan struktur ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli, terutamanya di peringkat Pemuda.

“Sekarang ini, tanpa restu atau ‘blessing’ Tan Sri Muhyiddin, tiada siapa berani buat keputusan. Semua beku. Jadi yang rugi PN, jentera pun dah marah,” kata sumber itu lagi.

Tambah sumber, Bersatu dan PN perlu menyegerakan rombakan struktur parti untuk bergerak bagi membuat perancangan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16.

“Malah difahamkan Pemuda PAS kini menjalankan program mereka secara bebas tanpa merujuk kepada Pemuda PN kerana kecewa dengan kerjasama yang semakin lemah dalam gabungan tersebut,” katanya. – 8 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related