HEADLINES

Saya tak pernah berunding dengan Kuala Kangsar, Labuan, kalau mahu penjelasan tanya mereka: Anwar

Dua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu juga tidak pernah berunding dengan mana-mana anggota Jemaah Menteri

9:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak pernah berunding dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, yang baru-baru ini menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, dua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu juga tidak pernah berunding dengan mana-mana anggota Jemaah Menteri.

“Jadi itu kalau mahu penjelasan, biar tanya Kuala Kangsar dan Labuan. Saya mengalu-alukan kematangan dan kebijaksanaan mereka,” katanya dalam penggulungan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengulas isu peruntukan pembangkang dibangkitkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang memaklumkan beliau sudah bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk membincangkan perkara itu.

Namun Syed Saddiq kemudiannya bertanya kepada Perdana Menteri apakah tindakan susulan selepas itu dan adakah perlu keluarkan kenyataan media seperti dua Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepadanya, supaya Ahli Parlimen mengetahui perkara perlu dilakukan mereka.

Isnin lalu, Suhaili menerusi satu kenyataan mengisytiharkan sokongannya kepada kepimpinan Perdana Menteri.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua permasalahan rakyat di kawasannya yang berdepan peningkatan kos sara hidup serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik yang berterusan.

Suhaili ialah Ahli Parlimen kedua daripada PN yang bertindak sedemikian, selepas Iskandar Dzulkarnain melakukan perkara sama pada 13 Oktober lalu. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related