◉ HEADLINES

Proses pengundian rakyat Malaysia di luar negara akan dipermudah: PM

Terdapat pelbagai kaedah dan sistem canggih yang perlu dimanfaatkan untuk memantap dan memudahkan proses pengundian untuk rakyat Malaysia di luar negara

8:18 AM MYT

 

MOSCOW – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan proses pengundian untuk rakyat Malaysia di luar negara akan dipermudah dan setiap pengundi yang layak dapat melaksanakan hak masing-masing tanpa kekangan.

Beliau berkata terdapat pengundi di luar negara, termasuk pelajar, yang layak mengundi namun tidak dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing disebabkan proses pengundian yang sukar terutama mereka yang berada di Rusia.

Perdana Menteri berkata pada masa ini, terdapat pelbagai kaedah dan sistem canggih yang perlu dimanfaatkan untuk memantap dan memudahkan proses pengundian untuk rakyat Malaysia di luar negara.

“Saya maklum bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah suruhanjaya bebas tetapi kenapa SPR tidak dapat pastikan setiap rakyat, di mana sahaja mereka berada, dapat menunaikan hak mengundi.

“Kita telah beri pandangan dan cadangan kepada pihak SPR… kita akan pastikan sebelum Pilihan Raya Umum akan datang, sudah ada proses ini,” katanya ketika menjawab soalan pada sesi Bertemu Rakyat Malaysia di Rusia sempena lawatan rasmi beliau ke negara ini bermula Selasa.

Anwar berkata demikian sebagai maklum balas terhadap perkongsian pelajar Malaysia di sini mengenai kesukaran yang dihadapi untuk mengundi dan mengakses laman sesawang kerajaan berkait proses pengundian.

Beliau tiba di Moscow untuk lawatan rasmi empat hari dan telah diberikan Kawalan Kehormat sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2 di sini pada 6.26 petang waktu tempatan (11.26 malam waktu Malaysia).

Lawatan rasmi itu, yang berlangsung hingga 16 Mei, adalah atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin dan merangkumi kunjungan ke beberapa lokasi utama di Moscow serta Kazan, Tatarstan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengetuai delegasi terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Li Kang, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – 14 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Gunung Jerai: unearthing its history, unveiling its mystery

The word “Gunung Jerai” or “Mount Jerai” has been a familiar term since I embarked on a quest to explore Malaysian history and heritage. This site is however not within the radar of most local or foreign tourists.

◉ Related